Muak, bosan,geli dan sungguh menjijikan...inilah lakunan dan sandiwara yg di tulis dijadikan skrip dan dilakunkan semula oleh pemimpin pemimpin yg ingin mencorakan Malaysia ini sebagai negara Islam.
Apakah misi pemimpin hari ini untuk jangka masa 5 thn lagi, 10 thn lagi, 15 thn lagi...apakah setiap kali untuk mengekalkan kedudukan mesti ada pameran sex, cerita lucah dan pembunuhan ngeri yg kita tidak tahu siapa ibaratnya "lontar batu sorok tangan"
Jadi pemimpin ni bukanya spt jadi pengikut, ayah aku sering ingatkan aku begini bidalanya
Org buta disuruh meniup, org pekak pembakar meriam,org bodoh di suruh arah dan org pandai diajak berbincang.
Le ni dah terbalik org yg jadi pemimpin org bodoh, dungu, bingung sebab asyik ikut telunjuk aje...gunalah otak bila jadi pemimpin, ni tidak org tulis skrip lucah...maka tulisan skrip lucah tulah yg dianggapnya betul...tak baca ke, suruh tayang sex..maka tayang cerita sex tu lah di gunanya utk menjatuhkan lawanya..tak tengok dulu ke..
suruh cari seekor kambing hitam utk di korbankan maka dapatlah kambing ni yg di guna bukan dagingnya atau tulangnya yg enak kalau dipanggang atau sup ni yang diguna duburnya sahaja...yg lain campak jadi sampah.
Kalau mau jadi pemimpin kena tahu beberapa perkara
1 Kuasa
2 Harta
3 Nama
Inilah perkara yg menglingkup pemimpin...lihat junjungan kita tiada semua ini walaupun ditawarkan gunung uhud itu sebagai emas.
Pemimpin harus memikir
Rakyat merindui pemimpin sejati.
Kerana…
Pemimpin sejati tempat rakyat mengharap belas kasih.
Pemimpin sejati tempat rakyat mengadu nasib.
Pemimpin sejati tempat rakyat meluah hajat.
Pemimpin sejati tempat rakyat menagih pembelaan.
Sepatutnya…
Pemimpin sepatutnya bersikap adil.
Pemmpin sepatutnya bersikap penyayang dan berlapang dada.
Pemimpin sepatutnya sentiasa dekat di hati rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya sedia mendengar derita sengsara rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya menjadi khadam kepada rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya umpama lampu yang menerangi hidup rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya umpama payung yang menaungi sekelian ri’ayahnya.
Pemimpin sepatutnya tidak hidup bermewah-mewah hingga melupakan rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya mudah didekati rakyatnya.
Pemimpin sepatutnya adil dan saksama dalam membuat keputusan atau tindakan.
Akhlak, ibadah dan peribadi pemimpin sepatutnya menjadi contoh.
Keluarga para pemimpin sepatutnya menjadi teladan.
Para pemimpin sepatutnya ‘hidup besederhana’ kerana mengutama dan mendahulukan kebajikan dan maslahat rakyatnya.
Pemimpin kalau bersifat adil, pemurah, penyayang, prihatin, mengambil berat, berbelas kasihan, berakhlak, beriman dan beramal soleh, maka pihak lawan pun akan tunduk malu...dan lihat tok guru nik aziz, org kafirpun akan tabik dengan ketakwaanya,kepimpinanya dan kewibawaanya
aku rasa tidaklah sebegitu tapi pemimpin Malaysia ni fikiran pemimpin suka main kotor, jijik, lucah, khinat.
Bersaing tak ape...adatlah didunia utk merebutkan sesuatu perlukan persaingan, tp perlukan yg sihat,yg wajar dan yg munasabah.
Begitu jugalah kalau ada jejaka minat seorg gadis kadangkala tu perlukan perebutan jugak...tp jangan disantau org utk dapatkan gadis itu...itu kan kerja hina.
Jangan kerana takut jatuh, kecundang atau kalah kita masukan racun dlm minuman pesaing kita ini namanya otak hanya ada didalam didlm kepala lutut.
Firman Allah SWT: ” Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi sedekah kepada kaum kerabat.” (surah an-Nahl:90)
Pemimpin, ini bermakna dia peneraju kepada apa yg dipimpinya dan pemimpin mestilah mentalnya begini.
- Kebijaksanaan/ membuat perhitungan sebelum bertindak
- beranian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko
- Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
- Mempunyai cara sendiri didalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam didalam negara, jangan asyik cete sex aje
Bila berdepan dengan rakyaat lain pula cara pimpinanya
- Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
- Sikap positif dan terbuka.
- Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
- Kebolehan berkomunikasi secara berkesan/pandai dan mudah dibawa berunding, jangan asyik nak menghemtam aje dan jangan asyik nak menaikan diri sendiri aje..asyik asyik saya...saya...saya..org lain semua bodoh, semua buat kerja tak bagus dan org lain semua perangai busuk.
Ni moral pemimpin yg harus ada
- Mempunyai disiplin diri yang unggul.
- Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
- Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Hentikanlh permainan kotor ni, mari kita ukir sejarah di peta dunia dengan menjadi pemimpin seperti Junjunagan kita Nabi Muhammad, seperti para sahabatnya, seperti ulamanya.Kalau berebut kedudukan tu jangan guna perkara yg pelik pelik seperti kemaluan ni, ini akan merosak generasi kita yg dah memang sedia rosak sekarang ni, nak memulih yg dah rosak ni belum ada yg mampu sekalipun org agama di negara kita ni, malah gejala sosial makin menjadi jadi dan marilah fikirkan tentang masalah ini. Sudahlah.....wahai pemimpin ku tercinta.
kupasan yg cukup mengesankan..
ReplyDeleteapa yang membimbangkan ialah, bala Allah menimpa ke atas umatnya yg melampaui batas..