Sunday, April 3, 2011

PUKUL SEPARUH MATI


hari ini dlm berita seorg warden memukul seorg anak yatim dengan tangan di ikat....di belasahnya sampai mati, kussssemangat jahatnya manusia ni bila hati dah di rasuk syaitan ye, manusia bertukar jadi syaitan.

Marilah kita doakan semoga roh anak yang malang tu di tempatkan didalam golongan org baik dan beriman dan marilah juga kita berdoa agar tukang belasah tu insaf dan sedar apa yg di buat tu salah dan satu menganiayaan yang nyata lagi jelas.

Org katalah orang tua yg umur dah boleh beza buruk baik ni kalau suka aniya budak budak yg belum akil baligh ni tu namanya org tu dlm golongan org otaknya tak berapa nak cukup, dia tak pikir tu budak manalah dia faham sgt tabiaat org dewasa ni...budak tetap budak.

Ni ha aku nak cete bab yg menarik jugaklah...OK gini cetenya iaitu cete pukul juga
Gini cetenya,
Pd satu hari Atan ni mengajaklah musa ke satu tempat, tujuanya" nak cari rezeki" kata atan.

Maka atan pun bawalah musa ni naik vanya ke satu tempat yg dikatakan ada rezeki tu, rupanya tempat itu ialah ada kelapa sawit yg dah dilonggokan oleh pekerja ladang tu.

Maka atan pun beritahulah pada musa " eh musa...ni rezeki kita depan mata..kau perlu duitkan nak beli benda tu, sekarang ni kau angkat kelapa sawit naik dlm van aku dan kita jual kat tempat kita selalu jual kelapa sawit tu" kata atan pada musa.

Dengan kebodohan dan tiada pendirianya maka musa pun mengangkutlah kelapa sawit yg sudah tentu kelapa sawit itu adalah milik tauke ladang itu, maka ketika mereka berdua ni tengah angkiut kelapa sawit kedlm van tu tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka ini telah di intip oleh tauke ladang itu.

Tauke ladang kelapa sawit itu telah berpakat dengan beberapa org pekerjanya untuk membelasah pencuri yg bodoh itu.

Bila kelapa sawit dah masuk dlm van, maka dengan senang hati mereka ini telah membawa kelapa sawit itu ketempat jualan, maka kelapa sawit pun di timbanglah dan dengan kelapa sawit yg banyak itu maka hasilnya pun lumayan iaitu RM 280...dengan rasa girangnya pencuri tu telah berangan angan " oooo aku tak kerje pun tapi aku dpt duit senang aje, angkut kelapa sawit masuk van, timbang dan dpt duit"

Tanpa mereka duga tiba tiba " ooo lu berdua ni ambil gua punya kelapa sawit" kata tauke china tu dengan bengisnya, alangkah terkejutnya dua orang pencuri yang bodoh itu. Maka dengan kekuatan yg mereka berdua ada,maka mereka pun cabut lari.

Tp tauke tu lagi bijak dia sudah buat stertegi iaitu mereka berdua telah di kepung oleh pekerja tauke itu, dengan rasa yg sgt marah maka kedua pencuri yg malang tu di belasah hampir separuh mati, semuanya naik kebadan pencuri itu, termasuklah kepala pencuri itu di pijak pijak oleh tauke china itu dan hantu pun naik kedlm urat darah tauke itu....umur aje panjang si pencuri itu.

Bila tauke itu sudah pukul separuh mati, maka tauke itu mahu pula pencuri diadili walaupun nilai curian itu hanya RM 280 sahaja...maka dengan egonya tauke pun panggil polis dan dtglah polis menangkap pencuri yg malang itu...alangkah malangya nasib pencuri itu dan akhirnya polis pun dengan kepintaranya membelit " ni awak dah buat salah mencuri ,dan sekarang awak akan dijatuhkan hukum kalau tidak bayar sebanyak RM 2000" kata polis tu nak cari habuan utknya pula dari kes pencuri bodoh tadi.

OK aku stopkan cete hanya di sini...sbbnya aku nak buat kesimpulan" bahawa kalau berkawan tu jangan berkawan dengan org membawa bencana pd hidup kita, pilihlah kawan org baik baik, alim dan berilmu supaya kita dpt manafaat darinya"

No comments:

Post a Comment