Monday, April 18, 2011
HARGA BUAH DADA
Semalam jumpa kawan depan sekolahnya, dia ngajar mata pelajaran matematik.Dah 10 th dia ngajar di 3 buah sekolah, mula mula ngajar dulu nuuun di ulu Tembeling, sekolah orang asli.Muridnya ada 25 org aje, jarak antara sekolahnya dgn rumahnya lebih kuran 5 kilometer dan katanya sebelum subuh dah heret basikal lalu di jalan yg laluan hanya boleh lalu motor aje. Adatlah org mula keje mana di campak situlah pegi.
Katanya ngajar kat sekolah org asli tak ada masalah sosial, jauh dari sebarang masalah yg mengusutkan otaknya.Lagi pun anak org asli ni satu peelnya iaitu malas gi sekolah, dlm seminggu tu kalau 3 hari mereka datang itu dah kira baguslah, kalau tidak seminggu sekali sahaja, ada tu dlm sebulan tu 2 hari aje kesekolah bila tanya gi mana, dia akan jawab musim masuk hutan tlg mak cari rotan dan binatang buruan.
Sekarang kawan aku dah ngajar di sekolah bandar dalam erti kata bandar...kata menteri pelajaran tak lama lagi semua pelajar akan belajar secara "maya" oooo mak oi "maya" camana ye kalau belajar cara "maya". Kalau lah ini terjadi...sungguhlah aku cakap bahawa dunia ini memaglah di ambang kiamat.
Kata kawan aku ni pasal budak darjah enam yg aku nak cete ni pasal budak pompuanlah ni, berdiri bulu roma aku nak cete ni, katanya anak muridnya telah hantar sms kat kawan lelakinya dlm smsnya dia tulis "ehh you, nak tengok 50 sen, nak pegang RM 1" tak taulah aku bila kawan aku kata gitu,
Bayangkan buah dada budak umur 12 thn..dah pandai dan dah tahu bahawa budak lelaki teman lelakinya suka kat buah dadanya...inilah musibah yg sedang melanda...negara kita yg dikata negara yang makmur tp anak anaknya hancur lebur.
Cik gu tu kata lagi budak pompuan dgn budak lelaki ni main hantar bahan lucah melalu CD dan pen drive biasa aje...malah ada anak muridnya yg dapat di tangkap kerana mengedarkan bahan lucah ini.
Aku rasa ibubapa tak tau perkara ini...tp ibubapa dpt rasa kalau anaknya membuat mulaberperangai pelik pelik, keluar petang balik malam, dlm fb tulis lucah lucah, cakap makbapak lawan dan tak minat gi sekolah.
Ini petanda yg anak tu dah mula rosak, kalau dah rosak tak taulah naik baiki macam mana. Iye budak budak sekarang bijaknya lebih dari mak bapaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment