Friday, April 15, 2011

SABUN BUKU CAP KAPAK


Masa aku kecik kecik dulu sabun yg aku kenal hanya satu saja iaitu sabun buku cap kapak, itulah shampoo, bila gosok kat rambut, rambut pun jadi keperangan, bukan meraj macam org sekrang ni, tp perang sebab sabun tak sesuai utk rambut dan rambut pula kering aje dan itulah jugak sabun badan bila pakai kulit pun jadi kering aje dan boleh di ibaratkan sabun cap kapak ni kegunaanya ialah dari hujung kakiku hinggalah kehujung rambutku...apa macam wahai wanita cantik zaman ni...boleh guna ke ini barang? aku guna dan sampai le ni...kulit aku OK aje,rambut pun OK je dan itulah jugak sabun utk basuh kain dan itulah jugak sabun utk basuh pinggan.

Sabun ni harganya 10 sen sebuku utk serbaguna dan bolehlah tahan 3 hari, masa tu sabun ni warna kuning...bila dah maju sikit sabun ni adalah warna hijau.

Tapi le ni kalau utk rambut ada shampoo kalau utk rambut kelemumur lain jenisnya, kalau jenis rambut kerinting lain jenisnya dan pas tu ada pulak pelembut...itu bab nak basuh rambut, lepas tu nak sabun badan pulak ada pula namanya body shampoo dan kalau bahagian sulit ada juga pencucinya dan kalau bahagian kakinya gitu juga, manakala muka pula lagilah macam macam jenis dan nak basuh tangan aje ada juga pencuci tanganya..

aku ni dah diasuh dgn adat dan tradisi aku tak berapa nak pakaiguna benda benda ini dan aku rasa sangat membazir guna benda benda ni, kalau berhasil tak pe jugak macam dpt kulit putih gebu ke, kaki jadi cantik ke, muka jadi berseri ke OKlah tapi bila makin di pakai tiada apa apa pun, jadi aku gunalah cara lama iaitu rambut ke ,kaki ke, atau ape aje gunalah sabun buku cuma aku ni dah maju sikitlah sekarang iaitu namanya sabun mandi..wangi sikit...biarlah tak ikut peredaran zaman.

Sebenarnya yg aku nak cete bab adab dan etika anak anak sekarang ni, sebab baru baru aku gi negeri pantai timur... aku lihat bebudak muda ni dah hancur..rosak..punah baik dari fizikalnya yg berpakaian tak senonoh, mentalnya pula tak berapa nak gunakan dan bila bercakap tu cakapanya mencarut mencapat iaitu dlm sepuloh patah perkataan yg di ucapnya 7 mencarut 3 aje yg kita dengar OK dan pergaulanya sebebas bebasnya sesama mereka.

Aku tengok satu adegan ni...ada 4 org budak perempuan, 2 org pakai hitam..kata anak aku Salman kalau pakai hitam tu namanya "gotek" yg 2 lagi pakai tudung tp seluar sendat dan bert-Shirt padat, duduk kat satu sudut di pasaraya..gelak gelak, cakap entah apa bahasa dan tiba tiba dtg sebuah kereta pemandunya pemuda yg siap bergayanya maka tak semena mena budak perempuan gotek tu heret budak perempuan yg pakai tudung tu dan buka pintu kereta tolak budak perempuan yg pakai tudung tu kedlm kereta, lalu si jantan tu pegang tangan budak perempuan tu dan pegang kepala budak perempuan lalu di cium budak perempuan dan bila dah cium si lelaki tu tunjuk ibu jari tanda bagus lalu bla...bla..bla

Haaaaa.... hati hati hati ye, kalau anak gadis kita pakai tudung keluar jangan percaya, ni berlaku dan saya urut dada, ialah aku pun ada anak perempuan dan anda pun ada anak perempuan dan perkara ini kita tak tau apa yg berlaku dan apa yg terjadi.

Kemajuan yg memusnah umat manusia..semakin maju manusia semakin jahanan hidup ini dan semakin hilang moral dan malu manusia...mereka berbuat apa sahaja tanpa mengira apa apa.

Jika dah gitu anda ingatlah apa yg berlaku pada budak perempuan tu ye? ingat lagi kalau zaman aku sekolah menengah dulu, punyalah malunya kat org lelaki ni tak tau nak cakap dan kalau balik sekolah kelompok budak perempuan dgn budak perempuan aje dan kalau budak lelaki dgn budak lelaki aje...tapi hari ini kalau tepi pagar sekolah tu siap berkiss kiss lagi dan baru baru ni budak tingkatan satu sekolah di Kajang, beranak di belakang sekolahnya waktu masa cuti sekolah.

Cete ni cikgu pun malas nak heboh heboh dan mak bapaknya kata cikgu tak jaga anaknya.
Entahh lah,

2 bln lepas aku minta kebenaran dgn pihak masjid di ibukota nak buat Halaqah Remaja Masjid punyalah banyak syarat syarat dan termanya...kenapa ye...wahai org tua tua yg menguruskan masjid sila lihat anak anak remaja warisan bangsa ni, jika di biarkan anda semua ambil tak kisah atau anda rasa selesa dgn kedudukan tak lihat masa depan anak bangsa,,,perkara ini akan jadi jadi seperti negara jiran kita tau..tu hah seperti Singapore..anak org Islam minum arak depan tangga masjid dan kalau setakat peluk ke..apa apa ke tu tak usah cakap.
OK lah lenguh mulut dan tangan ni nak cete bab ni..siapa yg nak paham?

1 comment:

  1. assalamualaikum, nk Tanya, mana nk beli sabun ni ye? tq

    ReplyDelete