Sunday, April 17, 2011

HARI KELUARGA WAN TOMAH


Pd 30 April - 1 Mei 2011 ni bertempat di Janda Baik kita org semua yg ada kaitan dengan seorang yang bernama Temah bte Melah iaitu keturunan dari Lebai Kassim bin Lebai Arif berasal dari Sumatera, Indonesia ini akan berkampung beramai ramai untuk menjalin tali saliturahim dan ikatan kekeluargaan.

Seorang Ibu yang gigih, tabah, sabar, kuat berusaha dan tiada memendam rasa ini adalah seorg insan yg bergelar ibu "hebat" di mataku...kenapa?

Didalam novelku "layar" watak "siapakah timah"adalah watak utama dan watak yg mempengaruhi semua watak lain.

Menjadi seorang isteri bukan teman di waktu senang saja atau teman berbicara, tp isteri adalah teman sehidup semati bagi pasangan yg sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan Kasih sayangnya untuk sebuah "mahligai" apakah mahligai itu istana? baru di gelar mahligai?

oooh tidak sebuah pondok usang yg dindingya dari daun nipah, beratapkan rumbia dan berlantai buluh yg di jalin serta bertanggakan dahan palas diikat dgn rotan ,serta kadang makan nasi tapi lebih banyak makan ubi itulah mahligai kerana di situ ada "gelak tawa dan cinta sayang""

"Ibu" siapakah yg mengangkat martabat Ibu ini sehingga di tahap yg paling atas?

Nabi junjungan kita yg meletakan ibu pada kedudukanya.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Betapa hebatnya seorang ibu, mengandung 9bln 10 hari..kalau ibu bandar mengandung ok lagilah tak payah buat kerja berat,

tp kalau ibu seperti Tomah atau Timah ini dah membawa perutnya yg berat tapi terpaksa pula ke kebun getah utk menoreh, bila petang kesawah menanam padi, bila hampir senja ke kebun sayur dan bila malam pula mengayam tikar atau mengirik padi dan sebelum subuh dah siapkan sarapan utk anak anak.

Bila ku renung renung hebatnyalah seorg wanita ini.Sebab itu anak kalau susah " mak doakan saya ye" atau anak kalau nak kawen "mak doakan saya agar jodoh saya berpanjangan ye" atau anak anak perempuan kalau nak bersalin " mak doakan saya supaya senang bersalin ye" semuanya minta doa mak.

Tapi ibu tetap seorang ibu di wajahnya terpancar suara hatinya yg suci dan bersih dia sentiasa iklas dengan anaknya dan sentiasa mendidik anak anaknya walaupun dirinya seperti lilin.

Dari itu aku rasa utk meraikan ibuku yang sudah berusia 74 thn bukan sekadar " helllo mak, apakkhabar? mak dah makan ke? mak sihat ke?" itu soalan utk lepaskan batuk di tanggga, kata ayah aku Abu Samah bin Yusof, kalau seorang anak tu nak balas jasa ibu ni kalau kita dukung dia sepanjang hayat kita dan jaganya sepanjang hidup kita itu belum dpt kita balas jasanya dan kata ayahku lagi " ibu itu adalah "Ratu" didalam hati anak anak.

Dan pada kesempatan usia omak sei ni sei tak tau nak buat apa, nak balas jasa omak sei ni...apakah program utk meraikan omak ni...omak sei akan suka atau omak sei bahagia...omak! sei harap omak sentiasa baik baik aje.

Dan sesungguhnya sei letak omak di hati sei sebagai Ratu yang sei lihat sentiasa cantik di mata dan bahagia di hati.

Sei sayang omak sei ini Tomah bte Melah dan Ibunda saya Midah bte Awang serta ayanhnda tercinta Abu samah bin Yusoh dan abah kesayangan ku Zakaria bin Hamid...kau semua di lubuk kalbu ku...


No comments:

Post a Comment