Wednesday, April 20, 2011

HOBI


Masa sekolah rendah dulu cikgu ada suruh buat satu karangan, tajuk karangan tu "hobi" kata cikgu, karang tu mestilah 50 patah perkataan sahaja dan tajuknya mestilah tentang hobi sendiri.

Cikgu pun beritahulah cara nak tulis karang yg bertajuk "hobi" atau "minat" atau" kerja mengisi masa lapang"

Iyelah masa tu darjah 3, manalah pandai sangat nak mengarang, tapi oleh kerana tinggal di kampung maka cerita hobi tu tidaklah susah nak di garap, masa tu hobi aku ialah "melukis" aku pun mulalah mengarang cete tentang hobi aku dan hampir semua kawan kawan aku suka melukis, aku ingat aku aje suka melukis rupa rupanya hampir setengah dari kelas itu suka melukis. Aku pun tidak tahu kenapalah mereka ini suka melukis.

Sekarang ni barulah aku faham kenapa kawan kawan dan aku suka melukis...sebabnya setiap hari dari celik mata hingga lelap mata kami hanya tengok pemandangan sahaja, tiada kenderaan, tiada hiburan, tiada bangunan yg tinggi, tiada orang cantik dan menarik, yg ada hanyalah gunung ganang, bukit bukau dan sungai sawah serta ayam itik maka sebab itulah hobi menjurus kesitu.

Hari ini kalau aku tanya budak budak sekarang ni apa hobinya? Internet, makan makan,muzik, berjalan jalan, menulis dan macam amacam lagilah hobi yg hebat hebat.

Tapi kat Madarasah aku bila aku beri borang sekolah ada bahagian hobi,maka hampir semua hobinya baca Quran, dan hafal hadis.....masyallah, sejuk perut ibunya mengandung kalaulah ada anak yg hobinya macam tu

Eh memang benar budak budak Kemboja kat Madarasah ini dia tahu Quran, Hadis dan belajar sahaja...kalau ada sekang waktu 15 minit pun dia akan baca Quran.

Inilah yang dikata ulama pewaris nabi.

Semoga mereka ini dpt mencorak dunia Islam dengan Iman, Amal dan takwa.

No comments:

Post a Comment