Friday, April 1, 2011

AHMAD DAN JAZA

Mula mula aku jumpa dengan orang nama Ahmad ni, aku pun tak minat nak bawa dia dtg ke Malaysia..iyelah anak orang Kemboja, waktu tu dia pakai seluar kecik kaki dan rambutnya tidak terurus dan pakai pakai t-shirt yg lusuh.Budak remaja Kemboja katakan.Tapi ayah dia ni selama 3 hari aku buat kurus kat masjid di Kemboja tu 3 harilah dia dok tunggu aku dan cakap macam macam dengan muka yang agak kasihan aku melihatnya, sebab dia terlalu ingin melihat anaknya berjaya didunia dan akhirt dan akhirnya aku akur juga dan untuk menguji boleh atau tidak dia mengikut kehendak dan aku berikan beberapa syarat.
1 Pakai jubah kalau nak jumpa aku
2 Potong rambut biar nampak kemas
3 Potong kuku, gosok gigi dan pakai selipar
4 Mesti tolong apa yang aku buat.

Lepas aje aku cakap ayahnya terus bawa balik dan ubah semuanya dan petangnya aku lihat Ahmad dah berwajah baru beserta dengan Naim, Fauzi dan Wan Ahmad.

Ahmad ni ada kelebihan dia ada sijil sanawi yang layak untuk masuk ke universiti al azhar dan aku bercadang untuk menghantarnya...semoga Allah makbulkan hasratku ini.

Mereka ini adalah anak miskin, tp minat sangat nak belajar...entahlah aku pun tidak tahu lagi nak buat macam mana dengan mereka.

Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana sukanya hati ayahnya bila aku kata aku sanggup bawa anaknya ke Malaysia untuk belajar.

Ni cete si Jaza pulak,
Mula kenal dia aku ingatkan dia budak biasa aje...ialah serba kekurangan, tapi aku tetap juga menyelami juga hatinya.Oh rupanya dia budak yg luarbiasa minat nya untuk belajarnya, dia sangat rajin menghafal dan cakap apa nak suruh dia menghafal...semuanya dia boleh hafal.

Suaranya sangat lantang dan budi bahasanya bolehlah aku ketegorikan anak yg terdidik, kalau aku kedapur bawa pinggang kotor dia pasti datang dan tak beri aku untuk membasuhnya.

Dia memiliki Sijil Tinggi Ugama dan dia bercadang untuk melanjutkan pelajaranya ke Mesir, dan aku bercadang untuk tahun ini untuk menghantar mereka berdua ini ke Mesir. Ibubapa Jaza ini telah menjual semua tanahnya untuk menghantarnya belajar ke Malaysia dengan kos buat pasport dan tambang.

Kehidupanya di sini hanya bergantung kepada belas kasihan dan budibicara kita semua yang berada di Malaysia inilah.

Semoga mereka ini akan balik ke Negaranya sebagai seorang yang berilmu dan menjadi apa yang di cita citakan.

No comments:

Post a Comment