Terpiker ke oleh kita sebab makanan kadangkala seorang ibu boleh kecil hati dgn anak,?
akhirnya ibunya sanggup masukan dirinya kedlm batu untuk di telan oleh batu bagi membuktikan bahawa betapa marahnya sang ibu tadi terhadap anaknya kerana memakan telur ikan tembakul.
Cete ini walaupun mitos...tapi seharusnya jadi pengajaran dan harus ingat.
aku nak bawa cete ini untuk anda baca.
Gini cetenya....
Ada sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit Berapit Sebatu dari Pangkalan Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehingga berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.
Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala sedang memetik daun cemperai, mereka terdengar suara kuat yang amat menyeramkan. Si Kantan memeritahu isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya.
Beberapa tahun kemudian mereka memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga Melur dan seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan suaminya mati sewaktu anak-anaknya masih kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.
Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya.
Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.
Akhirnya si ibu mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Bunga Melur yang terus mengekorinya sambil mendukung Si Pekan.
ebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Melur pun jatuh pengsan.
Aku teringatlah ada kisah kawan aku ni dia pernah termakan buah manggis kawanya tanpa izin kawanya, dia makan bukanlah banyak sangat...kalau nak ikut tidak memberi kesanpun sebab dia beli manggis tu 2 kilo yg si kawan tu makan 5 biji aje...anda nak tahu si kawan yg punya manggis tu mencemuh kawan yg makan manggis sepertinya kalaulah dapat di muntahkan manggis tu mau di muntahkanya kerana bila mendengar cemuhan, leteran dan kemarahan kawan yg punya manggis tu... itulah kadangkala tu kita berkawan ni kita pun tak tahu tahap kebaikan kawan kita pada kita? betulah org tua kata " sayang sahabat sama binasa" kalau jenis sahabat macam ni tak payahlah kawan biar aje jangan bersahabat dengannya...sebab manggis pun boleh jadi putus kawan.
No comments:
Post a Comment