Saturday, April 23, 2011

Bila Dah Mati Baru Nampak Tanda




Foto: pesalah ini di tembak sampai mati, dia di beri pilihan utk wasiat terakhirnya...dia minta utk solat dulu...semoga rohnya di rahmati Allah

Orang kata kalau ada buat tabiat ganjil tu tanda nak mati...issssh sebenarnya kita yg punya diri ni nampaknya sentiasa buat tabiat ganjil, sebenarnya kita perasan atau pun tidak, lepas di kuburkan baru org terdekat nampak tabiat ganjil
tersebut.

Kadangkala itu kalau cete pasal tabiat ganjil macam macam ada ada tabiatnya, ingat aku pada seorang pak cik yg usianya dah 67 thn, dia ni ada tabiat ganjil iaitu bila makan nak manis manis aje, kalau makan nasi manis tu sepinggan habis,

makan durian tu berbiji biji dia habis dan kalau minum teh o itu sejag dia habis semuanya...katanya benda yg manis ni sedap.

Pada satu hari tu dia pening kepala dari jam 12 tgh sampai 10 mlm, dia asyik tido aje... lepas tu dia rasa kat ibu jari kakinya ada rasa gatal dia pun garu garulah dan esoknya kesan garu tu jadi kudis dan makin hari kudis makin besar dan berair tapi makanan manis dia tetap makan juga.

Satu hari anaknya yang keje dlm jabatan kerajaan pegawai kelas 2 bawalah ayahnya kekelinik yg mahalah sebab anaknya boleh bayar sebabnya org kerajaan.

Lepas di check ropa ropanya bapaknya kena darah tinggi dan kencing manis dan bila dah kena peyakit tu si ayahnya marahlah kat dirinya sendiri kenapalah suka sgt makan manis manis dan dah kena peyakit.

Maka kata si anak tu pada ayahnya"ayah patutlah saya tengok ayah ni sejak akhir buang tabiat rupanya ayah ada peyakit dan peyakit ayah ni boleh bawa mati dan itulah tandanya org nak mati" kata anaknya.

OKlah ini cete selingan...yg aku nak cete ni org yg suka lah kan solat.Renung pulak cete di bawah ni


Balasan...Melewatkan Waktu Solat

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang umurnya 65ahmeninggaldunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan AlMa’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampaisahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat(dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka punterus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yanglain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 kmJauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitamyang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut danletakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazahwanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanitatersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada dipersekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkaratersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkanSolatnya.Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan imankita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baruseksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

No comments:

Post a Comment