Tuesday, April 12, 2011

HIDUP TUNGGANG LANGGANG


"Semenjak kami datang Malaysia ni inilah kali pertama kami merasa ayam KFC" kata anak anak Kemboja.

lepas tu dengarlah oleh seorang kawan aku katanya " oooh budak Kemboja beri makan ayam KFC ye, kita ni dah makan ikan masin" kata kawan aku tu " Ya Allah bongoknyalah kawan aku ni, yang selama ini hidup dia dirundung kemewahan makan Mc Donald, KFC, Makanan jepun, China,Orang putih sampai aku pun tak tau nak sebut dan bila belanja kawan tak main makan roti canai ni, makan di restoran berjenama dan ternama, ni bila anak Kemboja sekali makan yang makan pun hanya seketul ayam saja seorang dgn air segelas di kongsi 3 orang itu pun, kawan aku ni nak rasa dengki, subahannallah...kadangkala aku pun tak taulah nak cakap apa lagi dah sekarang ni.

Ni Satu lagi aku nak beritau...kalau kita rasa tak iklas dengan orang jangan bagi dan beritau org yang nak kita bagi tu " haaa, aku tak mau kasi kat kau ni, aku pun susah" tp tidak pura pura buat baik, bila terdesak ungkit bangkit macam org tak ade akal, kita ni kan manusia yang Allah anugerah sesuatu yg tiada pada makluk lain iaitu "AKAL", malaikat pun tak ade akal, haiwan pun tak ade akal...semua makluk yg Allah jadikan tak ade akal kecuali manusia ada kelebihan AKAL.

Ni nak beritau... AKAL & PANDAI satu perbedaanya yg jauh, burung kakak tua kalau kita ajar dia hari hari sebut "good morning" maka setiap kali org datang dia pun sebutlah "good morning" tak kira waktu dah malam ke, pg ke atau senja, kuda pun gitu, anjing lagilah cepat pandai kalau di ajar...haaaa kita jangan jadi binatang pandai sebab di ajar, tp dlm hidup tak tau guna otak yg gunaya utk piker.

Aku rasa hidup kawan aku ni ada peyakit hati dan peyakit mental, kalau tidak masakan dia boleh tegur yg budak Kemboja makan seketul ayam KFC yg aku rasa RM 2.50 seketul itu atas duit bantuan org, bukan duit aku yg belanja...aku pun makan ayam KFC kalau ada nak belanja, kalau duit aku sendiri...minta maap aku tak minat makan ayam yg di peram tu dan ayam tak tau sembelihnya cara macamna. Yg aku peliknya org tegur aku org yang hidupnya di dalam limpahan rahmat, nikmat Allah untuknya dan kalau gi tengok wayang tu yg beli tiket harga RM 40 seorang jenis terlentang aje menontonnya, dan kalau makan tu tak usik kedai mamak ni...ni gi restoran yg kat KLCC atau Restoran yg Datok K dan Siti Norhaliza makan.

Macamanalah org komplen...ni lah namanya manusia yg tak syukur nikmat Tuhan dan di dalam hatinya ada buih buih ludahan syaitan.

No comments:

Post a Comment