Wednesday, April 6, 2011

TAK TAHU LAHIR BILA


ha..ha..ha.. aku tergelak jugak dgn anak anak Kembojaku, kalau ayahku dulu mungkinlah dia tak tau tarikh lahir sbb masa dulu org beranak kat umah lepas tu nak daftar susah, maka makin lama anak pun membesar dan ayah ibunya lupa dia lahirkan anaknya.

Tp zaman ni mesti lucukan, aku ada 7 org anak macam Solehah dgn Thoriq aku sekali kalau sambut ulangtahunya, kalau awang tu dia ni ego sikit orgnya dia kalau sambut ulangtahun mestilah dgn kawan kawanya, manakala jantunghati ku abot mesti aku sambut sempena dgn ulangtahun perkhawinanku iaitu 11hb April, kalau Sakinah dgn Jannah mereka ni memang bintang scorpio orang kata kala jenking dan aku buat sekali aje...selalunya Inah dia tak mau sambut hari lahir...katanya bidaah.

Manakala kesayanganku bang cik pulak aku cuma beli hadiah aje...kalau kat mesir aku kirim doa ajelah..bolehkan bang cik?

Melalut pulak..ni nak cete pasal anak Kemboja ku, suruh isi borang adalah tarikh lahir "ibu...saya tak ada tarikh lahir" kata Azim " apalah kou tak sambut happy berday ke?" kata si Wan Ahmad, kononya macam dia pun ada tarikh lahir " kou lahir bila" tanya Aziz pd Wan " aku pun tak tau jugak" kata wan, oooh rupanya semua yg datang tak ade tarikh lahir...sianya.

Maka aku pun ambil keputusan "semua anak anak ibu yg tak ade tarikh lahir tu...tulis ni tarikh lahir yg ibu nak beri iaitu 10 hb November" kataku " kenapa 10hb November ibu" tanya mereka " sbbnya ibu lahir pd tarikh ni, jd nak mudah ingat dan mudah sambut hari lahir maka kita semua mesti samakan tarikh lahir...OK setuju ke?" tanyaku " OK ibu setujuuu" ha..ha.. ha..

tahun lepas anak ikin beranak (kucing) awang dia buat satu surat beranak di tulisnya " hitam anak hitam, ibunya Ikin lahir pada 20 /2/ 2010. Sekarang ni bintang pun dah ada surat beranak.

Tak ape anak anak Kemboja ibu akan buat yg terbaik buat anda semua.

No comments:

Post a Comment