Monday, May 2, 2011
SEIMBANG
Selalunya kita ingin "di hargai" kalau suami ingin dirinya di hargai sebagai suami spt isteri kena taat dgn suami, manakala seorang anak itu minta di hargai dgn mendengar pendapat atau pandanganya dan kalau ibubapa itu ingin dihargai sebagai org melahirkan,mendidik,
membesarkan anak anak dgn anak membalas jasa keduanya dgn sebaik baiknya dan kalau rakyat pula ingin dihargai sebagai rakyaat seperti didlm slogan pucuk pimpinan kita kpd rakyaatnya "rakyaat didahulukan.
Dan begitu juga para isteri juga inginlah sedikit penghargaan buat dirinya walaupun pada dasarnya isteri itu mesti patuh dan taat setia pada suaminya.
Aku nulis bukan saja saja tulis tapi ada cete di sebaliknya iaitu tentang kisah isteri yg tak dihargai oleh pasanganya.
Masa aku naik keretapi ke Kelantan baru baru ini, aku telah ambil di tempat koc kelas 2, ialah perjalananya jauh 9 jam kalau duduk mau patah pinggan. Tiba di seremban keretapi ambil penumpang lagi dan naiklah sepasang suami isteri dan 4 org anak yang aku kira masih kecik lagilah iaitu yg besar 5 tahun dan yg plg kecik aku rasa baru sebulan.
Mereka ni ambil 3 tempat sama seperti aku iaitu tempat tidur, iaitu si ibu dgn si bayi tu, si bapa dgn seorg anak lelakinya dan satu lagi 2 anak perempuanya.Di orang ni duduk sebelah dgn tempat aku jadi anak anaknya yg 3 org tu tak mau tido walaupun dah jam 1 pg, asyik main main aje...manakala si ayah ni dah lama berdengkur aku agak dah 3 jam macam macam bunyi dari tempat si ayah.
Manakala si ibu ni masih belum lepas hari pantang lagi... tp terlalu aktif kejap kejap menyusukan bayi, kejap kejap suapkan anak makanan, kejap kejap anak perempuan tu merengek nak makanan yg lain pulak, kejap kejap anak anak tu lari lari dlm keretapi tu buat bising yg si ibu lari kejar tarik tangan anak dan pujuk anak suruh tido jangan buat bising dan tiba tiba anak lelaki pulak sakit perut nak buang air.
Si ibu ni pergi hantar ketandas dan tiba tiba si bayi nangis yg sekakak ni cari ibu dan belum habis lagi si ibu membasuh berak anak lelakinya tu dia balik semula ketempatnya untuk mendodoikan si bayi.
Aku naik pening tengok si ibu ni...lepas tu si ibu tu suruh si anak perempuanya kejutkan ayahnya supaya tolong si ibu tu aku dengar ayahnya marah "eeeh papa ngantuk ni, suruh mama buat..mu diam jangan bising papa nak tido" kata ayahnya sambil menguis anak perempuanya supaya jangan menganggu tidonya.
Aku bukan nak bela sesiapa didalam soal ini, tp aku minta perjelaskan bahawa anak yg berderet tu adalah anak bersama, sebab itulah di Indonesia kalau hospital bersalin ini di panggil "rumah korban lelaki" iye kalau buat kerje rumatangga ni semuanya tertunggak di atas kepala jembala isteri dan ada pulak suami tu kalau bolehlah waktu dia nak gi keje waktu pagi tu dari hujung kaki hingga hujung rambutnya isteri yg uruskan...memanglah isteri yg buat dan uruskan.
Pernah ke tengok suami memikirkan stokinya tak basuh, atau bajunya tak di gosok atau ape ape ajelah. betul lah apa yg isteri lakukan itu ada pahalanya yg Allah bagi, tp adakah sisuami juga menganugerahkan "penghargaan" atau "hadiah" atau bolehlah sekadar " ucapan" sebagai hadiah buat si isteri tu?
Aku rasalah ada para suami walau dah berumahtangga dgn pasanganya puluhan tahun tarikh lahir isterinya pun dia tak tau, tarikh ulangtahun perkhawinanya pun dia tak ingat dan jauhlah kalau dia dapat ingat no kad pengenalan isterinya.
Pernah aku mendengar rintihan sahabatku, waktu suaminya meraikan harijadi stafnya yg menaikan perniagaanya yg membuatkan dia jadi kaya raya, si isteri berbisik kat aku " Rusnah, hari ini ulangtahun perkawinan kami yg ke 20 thn, saya dah beli kad dan nak bagi kat suami saya, tp saya rasa seganlah..suami saya tak pernah nak ucapkan selamat apa apa utk saya" kata sahabat saya,
maka aku kata " Tak payah bagi...suami ni dia tahu hargai org, tp dia tak tahu nak hargai org yg menjadi khadam dlm hidupnya"
lalu kawan saya mengoyakan kad tersebut dan buang dlm tong sampah.
Lepas tu sebagai nak memberi ingatan kat suaminya aku kata kat suaminya " sempena ulangtahun perkhawinan anda berdua pd hari ini saya nak rakamkan foto anda berdua..semoga ianya menjadi saksi bahawa isteri anda telah taat setia dan mencurahkan segalanya utk suaminya" maka dgn muka yg tersipu malu suamnya pun berkata " eeeh ye yang, kenapa tak beritau hari ini ulangtahun perkhawinan kita" kata si suami.
Cete aku ni ada nak sambung sikit lagi,
Isteri kalau suaminya sakit dia mampu basuh berak suaminya,sanggup pegang kahak suaminya kalau urut urut ni tak payah cakaplah dan yg plg aku tabik bila aku tengok ibu aku yg sanggup jaga suaminya yg terlantar selama 10 th di perbaringan, jangan cakaplah makan minum bersuap, najis di buang, kahak, air liur atau apa sahaja semua di uruskan dgn senyum tanpa sebarang rungutan dan gitu jugak dgn arwah mak aku yg menjaga arwah ayah yg terbaring selama 4 thn, lagilah arwah ayah ni garang sikit orgnya..dia sakit pun ada jugak ragamnya, aku lihat mak tak berdecip mulutnya mengatakan suaminya yg meragam itu.
Wahai si suami...jangan minta diri anda sahaja "di hargai" ingat kalau tanpa siisteri bagaimana urusan hidup anda? iye apalah salahnya mencoretkan sepatah dua kata pada kad yg bernilai RM1.50 itu.
Tp ada jugak suami yg bagusnya...baru baru ni ada seorang itu dia sibuk sibuk nak balik keje cepat aku tanya dia "kenapa ni ribut ribut nak balik?"
" nak gi beli beras pulut dgn ayam, mlm ni saya nak masak pulut dgn rendang ayam nak raikan hari jadi isteri saya" fu yoooo untung ye isteri gini.
Ada jugak suami bersikap romantik dia raikan hari hari istimewa isterinya di pusat peranginan dgn menhadiahkan hari istimewa itu dgn "berbulan madu" eeei tentulah gembira hati isterinya sebab dirinya di hargai.
Tp ada juga suami tu kata" sayang tu kat hati, mana ada suami tak sayang isteri, tp disimpan dlm hati" ini lelaki pembohong dan lelaki jenis ada kepentingan diri sendiri dan ini lelaki yg harapkan dirinya aje di hargai. Pikir pikirkan lah........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment