Lagu "ummi" dlm blog aku ni di masukan oleh si bungsu yg manja tu, bungsu kata jari jemari aku tak sesuai sebagai pemain piono sebab runcing di hujung, berisi di pangkal.Manakala jari jemari si bungsu dari pangkal hingga hujung jari panjang aje, mlh lebih panjang dari jari aku...itulah namanya anugerah..org ni ada kelebihan dan jangan lupa banyak kekuranganya.
Semalam aku gi Kuala Selangor ronda ronda cuti hujung minggu, sepatutnya hujung minggu ni aku gi Thailand dan terus ke Myammar...tp oleh kerana sukarelawan si tukang ambil gambar aku namanya si awang buat hal..dia tak mau ikut sebab katanya nak kamera baru ,kalu dah ada baru dia nak ikut...pening lalatlah aku,aku faham kamera lama tu dah habis tempoh, kamera kecik dgital ni awang tak mau....sabor ajelah, mana boleh last minute cakap gitu..budak muda zaman sekarang ni memang gitu.
Kalau cuti cuti aku kalau tak keluar jauh jauh ,dekat dekat mesti keluar..maka lepas sarapan pagi tu dgn si bungsu dan si awang di kedai mamak Am-Smart, Kami berdua aje bertolaklah ke Kuala Selangor, aku pandu kereta, dia duduk sebelah sambil buat promosi utk majalah fardhu Ain..SMS lah tu, adalah seorg kawan tu dia duduk kat sabak Bernam katanya nak jadi pengedar dan bila tanya dia nak berapa,katanya nak 20
OK lah tu dtglah ambil kat Prima Damansara.
Pas tu kami ke mantan sekolah Salman al Farisi iaitu namanya Madarasah Tahfiz Bukit Belimbing, jumpa budak budak kawan Salman...waaah nama Salman terpahat sebagai peminat bola sepak yg seludup keluar waktu tengahmalam semata mata nak nonton bola sepak...kena denda oleh ustaznya.".ingat ke bang cik"..ni pengalaman amat manis bagiku kerana aku tahu bahawa semua anak anak aku ada minatnya.
Pas tu kami ke Tanjung Karang niat hati tu nak makan tengahari ikan bakar yg plg laris di Tanjung Karang tp sebelum tu aku ke pasar Tanjung Karang dulu nak beli tempe, ikan terubuk, kuah dalca, ikan masin dan sedikit kuih kuih made in Kuala Selangor..memang sedaplah kuih kuala Selangor ni, org kata org jawa ni kalau masak hatinya selalu iklas..tak tau lah tu
Semasa aku parking kereta depan pasar aku cakap kat i punya kekanda "you jangan keluar ye..i keluar jap aje..tunggu tau nanti susah nak cari" apa dia kata " "tak pe ustaz keluar baca suratkhabar aje" OK lah tu, aku pun gi beli barang al maklumlah kalau dah masuk pasar tu satu pasar tu nak beli tak sedar 30 minit aku keluar.
Bila dah habis beli aku balik ke kereta...aku pulak tunggu my kekanda...15 mint tunggu, dahlah kereta di kunci..duduklah aku menongok kat luar kereta.
Lepas tu aku rasa boring, call..aaah tak angkat, maka aku pun melangkah beberapa langkah nak tengok dari jauh nampak ke ustaz yg janji nak baca suratkhabar, tp aku tengok kat kedai suratkhabar ramai org bising bising, aku pun malaslah nak pergi...balik semula ke kereta tunggu lagi kat kereta.
Pas tu aku rasa ingin jugak tengok apa yg dikerumum kat kedai surat khabar tu...oh bila aku dekat, aku nampak sebuah kopiah tercampak..aku rasa macam kenal, pas tu aku nampak speakmatanya aku rasa macam kenal..lepas tu aku menyusup kat celah orgramai tu terkejut aku sekujur tubuh yg berbaju belang, berseluar hitam terbaring dlm keadaan yg aku tak boleh terima.
Nyonya yg punya kedai tu bagi sebungkus tisu dgn air mineral..aku kesat semua lelahan dari mulutnya..peluhnya dan aku urut lenganya...akhirnya dia macam lemah, pd asalnya di semacam kejang.
Akhirnya ada beberapa org kenal dgn wajahnya...agaknya peminatlah tu angkat dia masuk kereta dan aku pandu kereta ke hospital tanjung karang, tp sebelum pd tu aku berhenti dulu tepi jln nak call Solehah dan Thoriq , Solehah kata aku panik bila berlaku sesuatu, entahlah ...aku terima arahan dari Solehah.
Masa nak turun kereta dia tak sedar jugak, dah duduk atas katil dia tak sedar...bila masa dia sedar...bila Solehah datang dan dia kata kat Solehah "eeeh abuya rasa macam 5 minit, engkau dah sampai".
Aku endingkan cete aku ni kat sini ye bye bye...
kagum dgn kekuatanya motivasinya, dia tak mau ingat peristiwa itu, dia kata dia mahu sihat...kerana kesihatan itu adalah hidup, semoga Allah akan terus memberkati hidup didalam kesihatan yg baik dan memuaskan "sebaik baik manusia ialah manusia yg dpt memberi manafat pd org lain"
No comments:
Post a Comment