Tuesday, May 3, 2011

TUP..TAP..TU..TAP Taip wrieter buruk

Foto : Ini anak gadis Kemboja...sama aje dgn anak gadis Malaysia..dah besar macam ni pun tak pandai masak.

Menulis, mengarang,menyanyi dan sekali sekala boleh jugak menari itu adalah hobi masa zaman kecik kecik dulu, tulislah apa saja...karanglah apa saja dan nyanyilah lagu apa saja, lagu rock boleh, lagu inang boleh menari sewang pun boleh..boleh hiburkan hati kalau tengah duka lara.

Aku zaman gadis dulu pernah belajar menaip kat kelas menaip tau....belajar dari A- Z saja 3bln sampai bengkok jari telunjuk dan jari kelingking, bila dah boleh guna mesin taip...maka arwah ayah belikan satu mesin taip terpakai,berat dan besar gedabak...bila malam tup..tap..tup..tap...bising ganggu org tido...tulis apa? tulis puisi, tulis cerpen...saja suka suka, tak tau bakat ke , atau ape.

haaa kita tinggalkan kisah budak perempuan zaman dulu, kita buka cete budak perempuan zaman sekarang pulak.

Tapi yg aku nak royat(kata) ni ialah al kisah org perempuan serba boleh...bukanya serba boleh macamana dan bukan sebab aku wanita aku tulis macam ni, tp istilahnya wanita mesti tahu segalanya...

malu pulak aku nak nulis nanti org kata wanita ni kalau nulis memang banyak tentang wanita...betulah dlm novel "layar" aku tu watak "temah" macam wanita perkasa pulak dan novel aku "airmata zahrah" macam gadis tu tabah pulak, tak ape kan...ni hanya nasihat aje.

Gadis atau anak dara atau apa apa aje istilah kalau yg belum kawen lagi tu..ni nak beri peringatan bahawa wanita dgn dapur ibarat "P.Ramlee dgn Saloma", atau ibarat "Lagu dan Irama", atau boleh jugak di ibaratkan "Datuk K dgn Siti Norhaliza"..ha gitulah lebih kurang.

Tp kalau anak gadis ni mengelak dari dapor diibaratkan "anjing dan kucing" tak enganglah gitu.Maka nampaklah kejanggalanya terutama anak org melayu.

Zaman ni aku tengok tak ramai budak perempuan tahu masak, masa aku dulu umur 10 thn dah boleh goreng telur, siang ikan, rebus ubi dan masak nasi.

Bila umur dah masuk 12 thn dah boleh goreng mengoreng.

Bila dah naik lagi umur tu dah pandai serba serbi..zaman dulu malu kalau budak pompuan tak tau masak,ibu ibu zaman dulu selalu ugut anak perempuan yg dah akil baligh "tak tahu kedapor( istilahnya tak tau masaklah tu) tak ade org yg nak"..kalau dulu anak dara tak tau masak yg plg malu si ibu.

Tp zaman ini dah jauh berubah..anak sekarang makan nya di kedai segera nak citarasa semuanya ada..tangan tak payah pegang lesung batu, lengan tak recik diminyak panas waktu mengoreng, kuku tak kena kunyit. cantik bersih aje tanganya ..kalau tangan org perempuan yg rajin kedapor ni lain sikit..ada calar calar sikit ialah bila siang ikan tu kena sisiklah, kena minyak panaslah, kena kunyitlah.

Teringat sejarah wanita penghulu syurga ini iaitu Syaiditina Fatimah Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh bakal mentuanya Rasulullah.

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh, suaminyaSayidina Ali yg di gelar singa Allah merupakan orang kepercayaan Nabi yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan jika berperang.

Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.

Untuk mendapatkan air syaiditina Fatimah berjalanlah berbatu batu jauhnya dan mencedoknya dari perigi yang jauh kedlm 40 hasta, kalau bab berlapar ni sudah jadi cara kehidupab Syaditina Fatimah dan anak anaknya.
.

Pernahlah suatu hari tu syaiditina Fatimah sedang mengisar gandum, ayahndanya datang ke rumahnya. Sayidatina Fatimah dlm keadaan yg sgt letih, lalu mengadu kepada ayahndanya keadaanya yg sebenar

Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar ayahndanya dapat membantunya utk disediakan seorang pembantu rumah.

Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Selepas pada itu Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Inilah graf wanita penghulu syurga...tahu buat kerja dgn tangan sendiri dan kalaulah diikutkan org seperti syaiditina Fatimah ini dgn pakej yg ada pada dirinya yg cantik jelita, isteri kepada panglima Islam terbilang, anak kepada junjungan besar Nabi Muhammad,maka dia boleh minta apa aje...boleh didatang seberapa ramai org gaji, tak payah kisar tepung, tak payah masak tak payah jaga anak. Tp Rasulullah telah mendidik puteri kesayanganya dgn penuh berhemah iaitu dgn memasak utk suami dan anak anak, kemas rumah, pergi cari rezeki, pergi tunggang unta utk angkut air...oh hebatnya, wanita serba boleh..dan ibadahnya pula takpayah cakaplah.

Tapi anak perempuan sekarang ni..tak mampu lakukan itu semua,

terpikir jugak aku anak anak gadis sekarang ini...walaupun umur dah meningkat setiap tahun masak tak pandai, kalau masak pun ikut dan aje cincai aje,lepas masak bersepah kulit bawang, tangkai lada, pinggang mangkuk tak berbasuh, sampah tak tau nak buang, lepas makan pinggan bersepah, ni aku lihat sendiri bila aku terlibat dgn motivasi remaja ni...kenapa remaja perempuan sekarang ...serba tak pandai dan serba tak tau...kadangkala ijazah berjela jela...tp hidup kosong. Tak ape suami org berada..issssh belum tentu lagi.

Apa yg di taunya FB, Blog,Twintter, Majjalah, TV,Internet...bak kata tambi kedai mamak ni "abok pun tarak"

Tak ape jugak kot tak pandai kedapor ni...order aje kat MD siap lempeng besar mana nak, order aje kat KFC... apa nak semua ade... jenama meggi pun macam macam sekarang, nasi segera pun ada.

Org asli kalau kalau anak perempuanya tak pandai masak dia sama dengan "biawak"pernah sekali masa aku buat program dgn org asli, sekali tu aku ziarahlah satu umah dan aku dengar bunyi riuh rendah aku tanyalah pada kawan aku ni "hei ketot apa yg kau bisingkan tu" "aku nyampah anak betina aku ni macam biawak, makan tido aje tau masak tak tau, makan tau pulak"kata si ketot..eh pedas bunyinya...kalau anak dara org melayu tak pandai masak jangan cari pasangan org asli nanti kena sembur oleh mentua macam ketot tu, aku nulis buklan sebab ape...nak ingat anak anak gadis yg diluar sana bagus tau kalau org perempuan banyak tau banyak perkara...seronok,kreatif...selamat belajar ye anak gadis.










No comments:

Post a Comment