Hampir setiap hari bila baca aje paper muka depan cete kekasih bunuh kekasih kerana cinta di tolak. Kalau iye pun cinta di tolak janganlah di bunuh? arwah emak aku kata " kalau gadis zaman dulu sedang berjalan ada jejaka tegur, si gadis jangan tunjuk benci dgn meludah ketanah,buruk padanya kerana jejaka tu akan ambil air ludah tu dan di buatnya jampi mentera hinggalah gadis tu sujud dikakinya...hampir separuh gilalah dibuatnya" itu baru air ludah, kalau si lelaki tu asyik belikan baju, beli beg tangan,beli kasut, belikan laptop,belikan barang kemaske ke..jauh sikit belikan kereta macam bong tu ...ha kalau tak jadi kawen tu masa barang barang akan jadi saksi mati dihujung cintanya dan biarlah mati, biarlah dihukum asalkan hati puas.
Bukan nak salahkan org lelaki, tp org perempuan ni kalau bab merayu jangan cakaplah...luluh hati org lelaki, kalau org lelaki tu tak ade duit tp nak tunjukan ada duit..tak mau tunjuk miskin, kalau tidak pun gi pinjam along dulu, kalau tak bayar nanti along kata "itu telinga kasi potonglah" rela asalkan dapat memenuh hajat di hati si buahati.
Rasulullah dah bagi tau kalau nak pilih isteri tu pilih yg beragama, kerana org yg beragama ni senang cete, ni tidak nak pikat wanita dgn sogokan barangan, kemewahan.
Iye wanita ni akalnya pendek dan nafsunya ada 9 kalahlah dia kalau di sogokan dgn duit.Apatah lagi wanita zaman sekarang..nak cantik, nak bergaya, nak makan sedap, nak rumah besar, nak kereta besar org tua yg dah rabun macam taib mahmud tu tak ape asalkan poketnya penuh.
Org perempuan ni selalunya dia tak mau terima "seadanya" sebab hatinya nakkan macam macam, ' eeh you terimalah I seadanya" mampus dia tak mau, org lelaki sekarang ni suka menipu..kerja jual burger dikatanya ada bisnes import esport kat luar negara.
Nak beri peringatan buat anak gadis atau sesiapa sahaja, kalau nak kat org lelaki tu kena iklas,jujur dan bersangka baik dgnya.Jangan pandang kat poketnya aje..pandang hatibudinya dan keiklasnya dan jangan sekali kali berkawan dgn org suka memberang...semalam aku tengok seorg wanita india buat report polis lenganya kena torehan pisau dan matanya lebam, serta giginya tercabut 2 btg itu dia punya laki sudah hentam banyak kuat oooo, jahatlah org lelaki ni tak perikemanusiaan.
Ha satu lagi nak ingatkan jangan ingat kawen tu nak naik umah "basuh kaki "aje, semua dah sedia..kalau dah berpakat sehidup tu pandai pandai bina rumahtangga,
Sanggup ke masa hidup dgn mak ayah tak pernah pikir pasal makanminum, tentang cari rezeki dan tentang nak hidup berdagang? bila dah berumahtangga tiba tiba kena berdepan dgn perkara itu...kalau rasa tak sanggup jangan cari lelaki yg miskin, cari lelaki yg kaya...sekarang glemer ye cete Sultan Kelantan nak kawen, tp Sultan Kelantan tu orgnya tawaduk ye.
Ada ke di zaman ni org yg mampu hidup macam syaditina Fatimah dengan Syaidina Ali?pecah tangan mengisar tepung, pecah kaki berjalan angkut air,lesu badan kerana makan kurang bitamin? kalau ada memang hebat.
Sekarang ni org perempuan lain sikit.."eeeh you pakai kereta apa, you keje kat mana, akaun you ada berapa, boleh I pinjam kat credit you..jom kita lunch kat paparizh, jom kita naik genting main ski, jom kita jalan ke Langkawi"...nilah yg membuatkan lelaki naik radang kalau pinangan di tolak.
No comments:
Post a Comment