Tuesday, May 10, 2011

TEKANAN BUAT TOK BATIN

Foto : Aku tak harapkan sgt ibubapa mereka minat dgn Islam, tp aku sgt berharap agar agar anak anak ini yg akan menjadi org Islam

Foto : Berbagai program dan aktiviti aku lakukan, jika tiada sokongan akhirnya aku keletihan.


Aku sebenarnya bukanlah kecewa dgn dakwah kpd org asli, tp aku rasa sgt letih dan kadangkala tu aku menangis memikirkan kenapalah kuat sgt kepercayaan mereka ini,baru baru timbul cete didlm negara kita yg menakutkan tentang agama di Malaysia.

Penglibatan aku didalam kerjaya sebagai ahli kpd NGO yg berdaftar di Malaysia iaitu Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) spt dah masak dgn kerenah pak pak pemimpin ni, bukanya aku ni tahu mengomen je...tp sebenarnya aku mahu mendesak bahawa perkara ini jika berlarutan bukanya setakat warga Kg Merbau mengiktirafkan bahawa agama anutan seluruh kampung merbau tu kristian..kemungkinanlah nanti akan terjadi pd daerah,negeri atau apa apalah.

Sebab aku boleh kata gitu...contohnya di Kampung Merbau ni majoriti penduduknya 99.9 peratus org asli.Satu masa dulu dengan mudahnya kaum asli masuk Islam dan syahadah serentak secara ramai ramai, seisi kampung tu Islam, mudahnya Jakim mengislamkanya...tp sayang seribu kali sayang bak kata orang " membuat mudah, menjaganya susah" betul kini dengan beransur ansur mereka telah menukar agama mereka dari Islam bersyarat iaitu kad pengenalan Islam, duit imbuhan, kemudahan, guru yg berwibawa..tp itu hanya janji tinggal janji.

Bila janji tak tertunai maka dgn mudahnya puak kristian telah mewakilkan seorg saja mubaligh mereka..di bekalkan dengan jati diri yg kuat, dgn kewangan yg mantop dan dengan apa saja keperluan yg tidak di penuhi oleh pendakwah Islam, mubaligh kristian ini mampu penuhi.

Pertama sekali mubaligh ini kawen dgn anak tok batin yg plg cantik sekali, kedua dia beri minuman kegemaran org asli itu tuak secara percuma, ketiga dia buka kedai runcit dgn kemudahan berhutang, tidak menyusahkan, keempat dia sentiasa memberi berkhidmatan 24 jam jika ada org sakit, org nak beranak dia akan hantar kehospital dan last sekali segala hasil mahsyul org kampung dia beli...ha apa lagi? mampukah kita org Islam lakukan ini?

Aku sendiri beberapa kali telah di beri amaran oleh mubaligh ini tentang campurtangan aku didalam misi nak tarik org asli ke Islam semula, tp aku tak kuat...ini perlukan satu kewangan yg kuat dan mantop.

Aku tidak ada semua itu, yg aku ada semangat saja...kini aku ingin kembali semula utk berdakwah ke Kg Merbau, aku harap ada sokongan dan aku mahu atur satu stertegi dan aku mahu semua org mampu lakukan.

No comments:

Post a Comment