Friday, May 6, 2011

TEMPE WAK TONAH


Didalam usia aku masih kanak kanak kehidupan tidaklah aku tahu bahawa aku ni anak org miskin atau anak org kaya atau anak org sederhana, sekarang ni bila aku pusing balik ingatan lama tu, aku dan anak anak Kemboja rupanya lebih kurang aje...jarang pakai selipar kalau main, selalu main tanah dan lumpur,pakai baju pula seingat akulah setengah tahun baru tukar itu pun baju dari kakak yg tak padan olehnya maka pas kan kat aku, makan pulak kadang ada lauk, kadang ikan masin dan kadang kala tu sayur aje iaitu pucuk ubi.

Setiap hari tengok mak jinjing baldi getah pergi kekebun getah dan bila petang tengok mak ke sawah, manakala ayah pun jarang ada di rumah.Arwah ayah pernah sesat di hutan kerana kerjanya juru ukur bila dah jauh masuk kedalam hutan maka macam macam lah jadi.

Bila ingatkan tu semua alangkah beruntung anak anak sekarang ni,anak bungsu aku tak mau makan ikan masin katanya tak elok di makan" dia tak tau mak nya ni di besarkan dgn ikan masin, bila dia tanya "ikan masin boleh makan ke mak?" eeh anak sekarang ni memanglah untung seribu kali untug.

Itu cerita lama yg selalu aku ingat, supaya bila aku berdepan dgn org susah aku tahu apa yg mereka mau.

OK lah ni aku nak cete tentang jiran sekampung aku, kesusahan hidupnya sama aje macam keluarga kami.

Dia ni ada 6 org anak dan salah seorang tu ada sebaya dgn aku, maka pergi balik sekolah sama sama, mandi sungai sama dan semua nya samalah dan nama ibunya " wak tonah".

Wak Tonah ni ada 5 jenis pekerjaan didalam satu satu masa

1 Menoreh getah
2 Tanam padi
3 Tanam sayur
4 Menjual hasil hasil kampung di pekansari
5 Pembuat tempe yg tiada tandingnya

dan ada lagi dia ni adalah ibu yg baik, peyayang dan jiran yg berhati mulia serta isteri yg baik.

Ada ke ibu ibu sekarang ni buat 5 kerja dlm satu masa? aku rasa ibu ibu sekarang ni kalau kerja masuk ofis tu dari jam 8pg dan balik 5 ptg itulah kerja yg dia tahu,dan bila balik lesu..letih dan kalau nampak laki baca suratkhabar tak menolong di dapor mau di lemparnya periuk ke kepala lakinya sambil mulutnya " abanggg, saya pun keje juga, balik saya jaga anak, masak lagi, kemas umah lagi, abang duduk baca suratkhabar aje" haa tu bini sekarang.

Ni cete wak tonah ni yg membuatkan aku sentiasa ingat kat dia, bertahun tahun bila petang khamis aje, arwah mak aku bagi duit 50 sen untuk aku beli tempe wak Tonah ni, maka pergilah aku jalan kaki sejauh 3 kilometer kerumah wak tonah nak beli tempe yg Tonah buat sendiri dengan resepi dan urat kederatnya membuat tempenya dan hari pertama dia mula buat tempe ialah hari selasa lagi, kemudian tempe tu di peramkan hinggalah ke petang khamis barulah tempe tu menjadi.

kalau beli 50 sen ni dptlah 5 kpg, banyak tu, sekarang ni tempe dah mahal satu keping tu RM 50 sen .

Tempe wak Tonah ni memanglah sedap,Wak Tonah ni ajar aku goreng yg sedap punya, hingga sekarang aku ingat ramuan yg di beri tu dan hingga kini aku tak tau nak masak tempe cara lain.

Masih aku terbayang lagi wajah wak tonah ni, wanita jawa ni adalah seorg yg sgt baik, sebelum subuh lagi dia dah meredah kebun getah dgn membawa lampu suluh dia tak kira hari hujan atau pun tidak, lepas balik menoreh dia terus balik rumah masak utk anak yg di tinggalkan di rumah dan dan suami yg kerjanya menebas tanah orang, lepas tu dia kesawah pulak tanam padi...kadangkala tengahari terik pun dia masih juga di sawah dan menajo ikan utk di buat lauk, dptlah lah juga ikan dan itulah lauk utk keluarganya, bila petang sikit dia kan bersihkan bukit yg terletak di belakang rumahnya dgn menanam segala macam sayur.

Bila petang khamis aje sayur dah siap berikat berlonggok di depan rumahnya utk di jual ke pekan sari pada hari jumaat tu, wak Tonah ni angkut barang dgn mengunakan basikal sahaja, Kalau hari jumaat tu 3 kali angkut barang barang jualanya termasuklah tempenya yg memanglah sgt laku.

Hari jumaat, jam 4pg lagi dia dah berkayuh basikal sejauh 10 kilometer dgn 3 kali angkut...isss hebatlah wak tonah ni, org kampung semua suka padanya.

Satu hari dia ada cakap kat anaknya "kau semua ni belajar buat tempe nanti kalau aku tak ade, tiada siapa yg nak buat tempe ni" benar pada satu pg pada hari jumaat, ketika itu hujan renyai renyai wak tonah mengangkut barangnya utk di jual di pekan sari didalam subuh itu...tiba tiba sebuah lori telah melanggar wak tonah dgn barangnya.

Wak Tonah pergi di subuh jumaat dgn tempe berterabur di tengah jalan dan inilah sebuah pengorbanan seorg ibu yg bernama Wak Tonah, bekerja keras utk menyara hidup keluarganya, kadangkala aku teringat Wak Tonah ni dia adalah seorang wanita yg gigih, ibu yang baik dan seorg insan yg berhati mulia.

Kini warisan tempe wak Tonah telah pergi bersama wak Tonah.

1 comment:

  1. Al Faatehah untuk Wak Tonah,sekarang anak-anak Wak Tonah macamana ya?

    ReplyDelete