Petang semalam jengok jap kat dapor anak anaku (anak Kembojalah di Madarasah) si Fauzi dgn si Arifin tengah masak..."masak ape tu fasy" seminit baru dia jawab sebab dia ni ada gagap sikit dan sgt pemalu " ma..sak..ayam ebu" aku pun jengoklah dlm kauli,wah bestnya ayam lada hitam terliur jugak, tp simpan dulu dlm hati.Aku tahu fasy ni tak pandai lansung , tp kenapa petang ni dia masak? " nanti simpan utk ibu tau, ibu nak makan" kataku sambil berlalu.
Malam tu aku balik dari Sg Buloh jam dah 10 mlm, tiba tiba muncul Ustaz Yusof "ummi, saya tak makan aji no moto" kata Yusof pdku tanpa aku tahu apa apa " oooh ye Yusof, ummi pun tak makan jugak, tp kalau dah kat kedai Thailand kita kena makan jugak sebab diorg masak semua guna ajinomoto dan jaga jaga rambut atas kepala semua akan gugur kalau setiap hari makan tomyam" aku berkata
" Mak ni tak fahamlah ...yusof kata dia tak makan lagi mlm ni, sebab anak muridnya masak ayam guna aji nomoto 3 sudu" kata Solehah " kita ni mak, muntah melambak lambak sebab makan ayam aji nomoto" kata Solehah pulak.
Sebenarnya ajinomoto ni perasa yang berperisa, dulu pernah ajinomoto ni macam di sabotaj oleh org yg anti dgn ajinomoto, dikatanya macam macam kat ajinomoto ni, katanya ada campuran yg haramlah, campuran benda tak baiklah...tp akhirnya nama aji nomoto ni di bersihkan oleh bossnya dgn memberitahu bahawa ajinomoto ni adalah baik dan sesuai dimakan.
Walau apapun ajinomoto adalah bahan perasa yg sgt merbahaya pd kesihatan manusia, aku ni bukan org sains tp mengikut cerita arwah nenek aku...seumur hidupnya dia tak pernah makan ajinomoto dan kalau dia tahu org bubuh ajinomoto dlm makanan dia tak makan.
Org yg masak guna ajinomoto ni org yg tak pandai masak dan baru baru ni aku beli goreng cempedak di sekitar Sg Buloh, kata tukang jual tu " tunggu ye cempedak ni baru nak goreng" katanya,
Sambil menunggu aku pun tengoklah dia buat bancuhan tepung utk goreng pisang, aku perhatikan dia menuangkan sekilo tepung dgn sepeket ajinomoto yg harga 50 sen, aku terkejut " eh buat goreng pisang guna ajinomoto ke" aku tanya, " kena isi ajinomoto sebab pisang ni baru mengkal, kalau ikutkan belum boleh goreng lagi, kalau dah goreng jugak kena isi ajinomoto sebab bila goreng rasa pisang tu ada" katanya " tu goreng cempedak pun bubuh ajinomoto jugak ke?" aku tanyanya
"semua bubuh, bukan banyak...sikit aje nak bagi rasa" terdiam aku, dari nak beli RM 3 terpaksa di tunda ke RM 1, belum sampai umah aku sedekah tempat burung di tepi jalan.
Malam tadi aku dah buang ajinomoto anak anak Kemboja ku itu, kalau anda nak tahu org Kemboja yg lelaki atau perempuan kalau usianya dah meningkat 40an hampir semuanya jalan pecot pecot dan bila usia menjelang akhir 50an maka kebanyakanya bongkok 3, sebab apa? sebab suka makan ajinomoto.
Sudah....jangan makan ajinomoto lagi.
Kalu reti omputih boleh cari dlm youtube tajuk "Excitotoxins: The Taste That Kills Part 1" atau klik link ini. http://www.youtube.com/watch?v=CQQGkMhjWig
ReplyDeleteMmg le kita dah lama kena tipu peniaga. Dah la tu sel otak kita plak yang mati...