Saturday, March 5, 2011

SUKARNYA MENCARI ILMU

Musibah yg melanda iaitu spt peperangan yg mengorban ramai umat Islam di Kemboja terutama orang agama dan bila pemulihan dari peperangan yg getir utk bangun sebagai umat Islam yg menjalani kehidupan sebagai org Islam yg sempurna sangat "sukar" dan perlu bertarung dengan org kafir yang dah memang sedia untuk memusnah umat Islma seluruhnya.Jika tiada kekuatan dari jiran jiran, sahabat handai dan org Islam sendiri pasti Islam akan terus berkubur...senerio ini telah berlaku di Kemboja.

Kini generasai kedua dan ketiga sedang bergelut dengan perjuangan mereka utk menegakan Islam di negaranya sendiri, betapa sukarnya mereka dengan keadaan keluarga yg miskin lagi daif, pembungunan tiada, kesihatan teracam kerana kekurangan hospital dan mahalnya kos merawat sakit, pendidikan yang boleh dikata tercorot sekali kalau berbanding dgn dunia ketiga yg lain.

Bila ini berlaku maka kami dari Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA ) telah mengambil inesetif yg wajar iaitu telah membawa anak anak Kemboja generasi pelapis ini keluar dari kepompongnya iaitu ke Malaysia dengan menyediakan wadah pendidikan yg setaraf dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Dengan sokongan dari kawan kawan dan semangat yg jitu maka tertubuhlah sebuah pusat pendidikan khas untuk anak anak Kemboja ini, iaitu Darul Tahfiz Sri al Ain dan untuk fasa yg pertama ini kami telah mengambil 40 anak muda yg berusia 13 - 20 thn untuk di beri pendidikan didalam ilmu agama dan al Quran.

Alhamdulillah nampaknya anak orang Kemboja ini adalah anak yang luar biasa
1 Airmukanya sangat bersih
2 Ibadah sembahyang dan puasa sunatnya sangat hebat
3 Belajar tanpa mengira masa dan tempat, terus terusan belajar, menghafal dan metolah
4 Mereka tidak pandai memilih makanan yg mereka tahu setalang 4 org dgn 1 lauk saja iaitu telur dgn kicap atau 2 minggu sekali ayam goreng
5 dan yg paling menghibakan perasan saya ialah kerajinan mereka menghafal Quran.

Kini tugas saya pula untuk membantu mereka iaitu melengkapkan kehidupan mereka sebagai pelajar di Malaysia
1 Tempat belajarnya
2 Makanan yg sekadarnya
3 Dan yang paling penting VISA belajarnya.

Semalam saya telah menghantar 4 org untuk renew pasportnya ke Singapore, tp nasib mereka tidak begitu menyebelahi mereka dan kerajaan Singapore tidak benarkan mereka masuk dengan 2 alasan yg saya tidak kukuh

1 Sebab mereka pakai uniform sekolah (jubah, serban)
2 Tarikh pasportnya habis terlalu dekat.
Bagi saya ini bukan alasan kukuh, yg saya tahulah dari pengalaman yg dah saya lalui ialah org di singapore ini tidak begitu mengalakan org yg nak belajar agama ini belajar pandai pandai sebab kalau org seperti ini bijak pandai pasti kegemilangan Islam itu akan membunuh semua kejahatan dan pengaruh yahudi yg bertapak hebat itu.

Kini mahu atau tidak mahu saya akan terus perjuangkan nasib mereka dan malam ini saya akan ke Thailand untuk perbaharui pasport dan sekali gus saya akn usaha VISA, saya amat berharap kawan kawan yg membaca blog saya ini dapat memberi sumbangan Iklas untuk menampung kos RM 9000 (Ringgit Malaysia : Sembilan Ribu Sahaja) untuk 11 org pelajar ini iaitu nombor akaunya 164025021721 Maybank, saya sangat berharap agar ada tangan tangan keramat yg menghulurkan sumbangan ini dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 013 - 3596574 (Rusnah Abu Samah)

No comments:

Post a Comment