Hari ini maka tamatlah Kem Motivasi & Ibadah selama 8 hari ini yg di ketuai oleh Ummu Solehah dan adik adiknya sendiri dan dan anak muridnya dari Kemboja tu...nak gelak pun, nak marah pun ada dan ucapkan taniah pun ye jugak.
Dalam ucapanya sebagai ketua fasilitator aku rasa Solehah memang berani cakap, nak tau apa dia
"saya tanya anak tuan puan, kenapa dia tak sembahyang subuh, anak tuan puan cakap bahawa dia tak pernah tengok ibubapanya sembahyang, oleh itulah anak anak tuan puan tidak sembahyang subuh" aku lihat muka seorang ibu merah padam, aku rasa lepas ni Solehah memang akan kena marah dgn kaum ibu di surau itu
Ini pengajaran sebenarnya buat ibubapa bahawa mendidik anak ini perlukan satu tauladan dan tunjuk ajar, bukan sekadar beranak ni lepas batuk di tangga aje, org kawen dpt anak, kita kawen pun ada anak, org ada anak boleh jadi org baik dan pandai, tp anak kita membidas kita balik...ialah sebab budak budak tak tau cakap beralas alas.
No comments:
Post a Comment