Walau apapun alasan, cadangan,pujukan dan rayuaan aku tetap orang akan di persalahkan.Jika aku di dapat bersalah kerana kelalaian, ketidak mampuan aku atau ketidak upayaan aku sebagai hamba Allah yang daif ini maka aku minta berilah hukuman yang setimpal dengan kesalahan aku.
Kerana hidup di dunia ini persyaratan yang telah di tetapkan oleh undang undang manusia dan yang salah itu belum tentu lagi dia bersalah atau yang benar tu belum tentu lagi dia bersalah.
Tapi mengikut hukum adat dunia dan negara aku memang bersalah, tp kalau hukum yg di tetapkan oleh Allah aku tidak bersalah.
Kenapa aku kata begitu...
Sebulan yang lalu aku terlewat memperbaharui visa pelawat anak anak Kembojaku...aku di kerah ke Kelantan atau terus ke Thailand sebelum jam 12..tgh malam sedang waktu itu dah jam 4.30 ptg, aku kena bawa 6 orang dan di saat itu aku hanya memiliki hanya RM 120 sahaja duit.
Apa ...apa..pun aku memang tak boleh pergi...ahhh gila mereka ni berfikir tak rasional...
etika apa yang di ikut oleh mereka yang berkenaan itu, kalau ikutkan boleh aje kalau mau di cop sahaja pasport anak Kemboja tu, tp kenapa di pertikai macam macam, apakah sogokan yg di mau...duit...habuaan ah aku rasa aku dah buat yang terbaik demi mereka bukan aku.
Tp aku gagal
Anak kemboja balik dari pejabat imegresen dengan nafsu KECEWA sebab aku gagal dlm erti kata yg paling lembut...mereka perlukan sogokan.
aku insan yang dilahirkan miskin bukan keturunan Hosni Mubarak, bukan keturunan Sultan Berunai, bukan keturunan Ahmad Gadafi...tapi aku adalah insan yang setaraf dengan anak Kemboja ku jugak merempat dari satu daerah kesatu daerah untuk mencapai tahap kemanusiaan.
Aku kini memang terdedah dengan bahaya,kalau mereka ni turun saja dari madarasah Sri al Ain di Prima Damansara ini hati aku akan merintih...apakah akan berlaku dijalanan ini jika ada orang yg berniat tak baik dengan aku akan membuat aduan dan aku akan serta merta di sumbat kedalam tempat pembicaraan manusia
Kalau aku di bicarakan aku akan di kena setiap seorang anak Kemboja aku di denda RM 10,000 duit Malaysia kali ajelah dengan 6 orang jumlah keseluruahn RM 60 000...mampukah aku menebus diriku ini?
Aku ingin berpesan jika aku didapati bersalah, aku rela menerima hukuman dan aku mahu anak anak aku meneruskan misi memdidik anak anak yang miskin ini yang datang dari daerah yang ketandusan ilmu ini.
Tak ape aku mampu bertahan jika aku bersalah.Tapi... kalau boleh aku tidak mau apa apa berlaku keatas aku kerana aku tengah berusaha mengumpul penajaan untuk membuat visa mereka ini.
Aku dah lalui bila anak muda yang berwajah mirip kechinaan bernama Fauzi yang berusia 17 thn yang berserban, berjubah dengan airmuka yang bersih di sumbat dlm lokap selama 5 hari kerana di rekodkan oleh pihak berkenaan bahawa no passportya tidak lengkap dan di rekacerita bahawa dia datang melalui jalan sungai...alangkah bodohnya...kalau ikut jalan sungai macamana boleh melepasi sempadan Kemboja Thailand?
Masih tergiang giang di telingaku kata sarjan yang melepaskan Fauzi dari lokap " doakan Pak Cik ye sebab Pak cik ni sembahyangpun lintang pukang dan doakan pak cik masuk syurga ye"inilah naluri kemanusiaan yang sebenarnya bila melihat orang baik baik ingat dirinya yg kurang, tp kenapa lakukan perkara yang menongkah KALBU ?
Wahai anak anaku semua doakan buat ibu supaya ibu dapat buat yang terbaik buat anda semua dan ibu janji selagi nyawa ibu di kandung badan ibu akan berusaha kearah kecemerlangan anda semua, semoga Allah akan membantu
No comments:
Post a Comment