Thursday, June 23, 2011

BAPA KU WIRA

Foto : Ini adalah seorg bapa yg mana anak anak sentiasa menjadikan beliau IDOLA mereka


Hari bapa atau hari ibu sama aje...mana anak anak yg ingat akan hari bapa adalah ucapan utk bapanya, tp kalau anak yg kurang prihatin tentang hari bapa maka hari bapa tu berlalu gitu aje.

Tp anaku dari bumi seribu menara mengucapkan hari bapa utk bapanya...tercuit hatiku bila bapanya membacakan ungkapan ungkapan sopan gitu...terima kasih ye SALMAN AL FARISI Kamu punya bapa yg hebat, yang kuat bekerja, yg bersifat positif dan peyayang.

Aku pun mempunyai bapa, tp ayahku dah meninggalkan kami 7 beradik ini lebih kurang 12 thn lalu dan ayahku seorg yang sgt prihatin,baik,tegas dan rajin bekerja.Didlm sejarah hidupku bersama ayahku tidak pernah sekalipun aku melihat dia tido selepas subuh dan aku tidak pernah tengok dia berehat rehat sambil borak borak kosong.

Sehingga kesaat akhirnya dia sakitpun dia masih lagi bekerja dan di penghujung usianya ayahku adalah insan yg banyak bertaubat dan dia meninggalkan dunia tanpa secebis tanah yg jadi harta rebutan kami dan tanpa sesenpun duit dlm simpananya.

Ayahku banyak menolong org utk mendapatkan tanah tanah dan dia akan usaha tanah untuk org sehingga org boleh jadikan tanah itu harta untuk keturunan mereka, tp tidak ayah...harta dunia tiada sezarahpun melekat dihatinya.Itu ayahku.

Ayah..Bapa..Papa adalah gelaran utk insan yg bertanggungjawab. Kalau mahu dihitung jasa seorg ayah ..bapa atau papa ini mungkin anak anak tidak akan dpt membayarnya.

Seorg ayah sanggup laku apa sahaja pekerjaan untuk mendapatkan rezeki utk di suap kemulut anak dan utk mempastikan anaknya belajar dan berjaya.

Aku teringat kisah seorg bapa yg aku tulis dlm novelku yg bertajuk "layar" iaitu bapanya bernama Yahaya dan anaknya bernama Kadir...Oleh kerana kemisikinan hidup Yahaya telah bekerja hingga jauh malam bukanya kerja di ofis, tp kerja melambuk tanah di bawah sinaran bulan.

Cuba anda bayangkan...untuk apa Yahaya bekerja sehingga larut malam? Iye untuk mencari rezeki dan utk meyekolahkan Kadir dan adik adiknya , dia tidak mahu lihat Kadir dan adik adiknya mewarisi kesusahanya ...ini bukan cerita rekaan tp ini adalah cerita benar.

Sempena hari bapa ini aku ingin mengucapkan Selamat hari Bapa buat semua insan yg begelar bapa di seluruh dunia ini.Semoga apa yg anda usaha utk zuriat dan keluarga anda merupakan ibadah yg hanya Allah sahaja yg menilainya.

No comments:

Post a Comment