Wednesday, August 5, 2009

Aduh berseleranya....

Foto : Ayam goreng mamak, makan dengan apa saja sedap....di Restoran AMS Smart Bandar Sri Damansara, tempat kami minum petang.

Teringat saya ada peristiwa yang tak dapat saya lupakan 2 tahun dulu, iaitu seorang kawan saya ni, dia nak ke Kota Bharu jadi dalam perjalanan tu dia singgah sebentar di restoran satay Samuri di Kajang yang terkenal di seluruh dunia dgn sedapnya. Maka dia mengundanglah saya makan bersamanya. Bagi tidak menghampa permintaanya maka saya pun datanglah dan bila tengok hidangan di atas mejanya saya sangat terkejut kerana satay sebanyak 80 cucuk untuk 4 orang makan, dah lah nasi goreng lagi, mee goreng basah lagi dan 4 jenis air sejuk 3 jenis air panas. Saya urut dada melihat makanan yang begitu banyak. Maka saya tanyalah dia" boleh habis ke ni?" maka dia tanya saya balik " kau puasa ke?" saya geleng kepala dan dia pun senyum " aaah makanlah, nak tengok je ke" dia memberi laluan untuk kami makan. Saya hanya mampu makan 4 cucuk sahaja dan bila saya bilang dia mampu makan 38 cucuk satay Hj Samuri dan 2 gelas air berserta dengan nasi goreng. Ini satu satu yang jarang saya tengok. Ok lah saya akan sambung cerita kawan saya pada hari esok ye tunggu ....dan saya nak sambung pula menu semalam


Foto : Anda tahu apa ni? inilah ayam tanduri makan dengan roti naan. Satu ketul RM 4.50

41 Nasi Ayam
42 Nasi lemak
43 Nasi pulut
44 Nasi kerabu
45 Nasi goreng
46 Nasi ulam
47 Nasi kukus ayam berempah
48 Mee goreng
49 Mee honn goreng
50 Mee Lakna
51 Ayam golek
52 Ayam percik
53 Ayam gulai lemak cili api
55 Rendang Ayam
56 Rendang itik
57 Gulai perut
58 Kerabu pucuk betik
59 Gulai pisang muda dengan ikan masin
60 Kerabu pucuk paku
61 Ikan sembilang goreng berlada
62 Gulai Otak
63 Taugeh masak lemak putih
64 Gulai daging salai
65 Pecal
66 Lawa mangga
67 Pindang masak Menperai
68 Kerabu Bacang
69 Urap Pegaga
70 Sambal goreng
71 Sambal tumis
72 Singgang ikan
73 Asam rebus
74 Sambal Cicah
75 Kurma daging
78 Ayam panggang
79 Ayam Tanduri
80 Botok Botok ikan

Ini baru betul betul lauk pauk Malaysia, memang meyelerakan. Kalau anda ke Kemboja sarapan paginya hanya nasi dengan ayam goreng rebus dan sayur serta teh o ais, tak macam sini banyak lainya sarapan pagi. saya kalau ke Kemboja ada satu gerai orang Islam berhampiran dengan hotel Mekong (tempat penginapan kami) saya sarapan jam 11 pagi dan makan malam jam 6 petang kami makan kerana di sana tiada istilah sarapan pagi dan minum petang. Makanan sama aje.


Foto : Inilah Cek Mek (Saya panggil dia) di gerai sebelah hotel Mekong, di gerai dialah saya makan pagi dan malam. Kalau datang Kemboja singgahlah.

Masa saya makan selalu bertemu dengan seorang pelajar universiti tempatan Kemboja, dia makan nasi dengan air sambal dan mentimum sahaja. Bila tanya kenapa makan macam tu dia kata "duit tak cukup nak makan lauk". Berlainan betul dengan kita ye, kalau makan sangat berselera dengan lauk yang banyak. Saya minta pada anda yang ada kelebihan belanja tu hulurkan sedikit untuk orang yang sangat susah dan sangat memerlukan sabda Rasulullah "Bersegeralah untuk bersedekah sebab yang namanya bala tidak boleh mendahului sedekah" dan dalam hadis lain pula Rasulullah bersabda " Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah, bertambah". Kalau kita rajin bersedekah banyak kelebihanya
1 Rezeki datang tanpa di duga
2 Menolak bala
3 Menyembuhkan peyakit
4 Memanjangkan umur.

Bagaimana dengan anda yang tengah berselera makan tu, hulurkan lah sedikit untuk mereka sempena ramadan ini, insya Allah rezeki anda akan datang dengan banyaknya.


Foto : Anda ingat dia tengah buat apa ni? inilah proses nak buat belacan kemboja, apamacam sedap tau... pakai kaki aje untuk lumatkan udang udang dalam bakul.

No comments:

Post a Comment