Friday, April 29, 2011

PIMPIN GUNA OTAK LUTUT

Muak, bosan,geli dan sungguh menjijikan...inilah lakunan dan sandiwara yg di tulis dijadikan skrip dan dilakunkan semula oleh pemimpin pemimpin yg ingin mencorakan Malaysia ini sebagai negara Islam.

Apakah misi pemimpin hari ini untuk jangka masa 5 thn lagi, 10 thn lagi, 15 thn lagi...apakah setiap kali untuk mengekalkan kedudukan mesti ada pameran sex, cerita lucah dan pembunuhan ngeri yg kita tidak tahu siapa ibaratnya "lontar batu sorok tangan"

Jadi pemimpin ni bukanya spt jadi pengikut, ayah aku sering ingatkan aku begini bidalanya

Org buta disuruh meniup, org pekak pembakar meriam,org bodoh di suruh arah dan org pandai diajak berbincang.

Le ni dah terbalik org yg jadi pemimpin org bodoh, dungu, bingung sebab asyik ikut telunjuk aje...gunalah otak bila jadi pemimpin, ni tidak org tulis skrip lucah...maka tulisan skrip lucah tulah yg dianggapnya betul...tak baca ke, suruh tayang sex..maka tayang cerita sex tu lah di gunanya utk menjatuhkan lawanya..tak tengok dulu ke..

suruh cari seekor kambing hitam utk di korbankan maka dapatlah kambing ni yg di guna bukan dagingnya atau tulangnya yg enak kalau dipanggang atau sup ni yang diguna duburnya sahaja...yg lain campak jadi sampah.

Kalau mau jadi pemimpin kena tahu beberapa perkara

1 Kuasa

2 Harta

3 Nama

Inilah perkara yg menglingkup pemimpin...lihat junjungan kita tiada semua ini walaupun ditawarkan gunung uhud itu sebagai emas.

Pemimpin harus memikir

Rakyat merindui pemimpin sejati.

Kerana…

Pemimpin sejati tempat rakyat mengharap belas kasih.

Pemimpin sejati tempat rakyat mengadu nasib.

Pemimpin sejati tempat rakyat meluah hajat.

Pemimpin sejati tempat rakyat menagih pembelaan.

Sepatutnya…

Pemimpin sepatutnya bersikap adil.

Pemmpin sepatutnya bersikap penyayang dan berlapang dada.

Pemimpin sepatutnya sentiasa dekat di hati rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya sedia mendengar derita sengsara rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya menjadi khadam kepada rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya umpama lampu yang menerangi hidup rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya umpama payung yang menaungi sekelian ri’ayahnya.

Pemimpin sepatutnya tidak hidup bermewah-mewah hingga melupakan rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya mudah didekati rakyatnya.

Pemimpin sepatutnya adil dan saksama dalam membuat keputusan atau tindakan.

Akhlak, ibadah dan peribadi pemimpin sepatutnya menjadi contoh.

Keluarga para pemimpin sepatutnya menjadi teladan.

Para pemimpin sepatutnya ‘hidup besederhana’ kerana mengutama dan mendahulukan kebajikan dan maslahat rakyatnya.

Pemimpin kalau bersifat adil, pemurah, penyayang, prihatin, mengambil berat, berbelas kasihan, berakhlak, beriman dan beramal soleh, maka pihak lawan pun akan tunduk malu...dan lihat tok guru nik aziz, org kafirpun akan tabik dengan ketakwaanya,kepimpinanya dan kewibawaanya

Didunia ini banyak terdapat pimpin yg zalim,tiada keperimanusiaan dan pemimpin yg tidak layak jadi pemimpin contoh yg paling hampir kita tengok spt Idi Amin...masyallah jahatnya, Pol-Pot tak taulah nak kata sifat buruknya, sekarang Gadaffi pulak.Dan Malaysia bagaimana pulak watak pemimpinya apakah meyerupa org yg di atas ini.

aku rasa tidaklah sebegitu tapi pemimpin Malaysia ni fikiran pemimpin suka main kotor, jijik, lucah, khinat.

Bersaing tak ape...adatlah didunia utk merebutkan sesuatu perlukan persaingan, tp perlukan yg sihat,yg wajar dan yg munasabah.

Begitu jugalah kalau ada jejaka minat seorg gadis kadangkala tu perlukan perebutan jugak...tp jangan disantau org utk dapatkan gadis itu...itu kan kerja hina.

Jangan kerana takut jatuh, kecundang atau kalah kita masukan racun dlm minuman pesaing kita ini namanya otak hanya ada didalam didlm kepala lutut.

Firman Allah SWT: ” Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi sedekah kepada kaum kerabat.” (surah an-Nahl:90)

Pemimpin, ini bermakna dia peneraju kepada apa yg dipimpinya dan pemimpin mestilah mentalnya begini.

  • Kebijaksanaan/ membuat perhitungan sebelum bertindak
  • beranian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai cara sendiri didalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam didalam negara, jangan asyik cete sex aje

Bila berdepan dengan rakyaat lain pula cara pimpinanya

  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan/pandai dan mudah dibawa berunding, jangan asyik nak menghemtam aje dan jangan asyik nak menaikan diri sendiri aje..asyik asyik saya...saya...saya..org lain semua bodoh, semua buat kerja tak bagus dan org lain semua perangai busuk.

Ni moral pemimpin yg harus ada

  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Aku nulis ni bukan nak komden pemimpin aku yg bijak sana ni aku kesian tengok budak tadika, sekolah rendah terkulat kulat tengok pemimpinya menayangkan video lucah melalu internet, kat parlimen dan papar pulak kat surat khabar.

Hentikanlh permainan kotor ni, mari kita ukir sejarah di peta dunia dengan menjadi pemimpin seperti Junjunagan kita Nabi Muhammad, seperti para sahabatnya, seperti ulamanya.Kalau berebut kedudukan tu jangan guna perkara yg pelik pelik seperti kemaluan ni, ini akan merosak generasi kita yg dah memang sedia rosak sekarang ni, nak memulih yg dah rosak ni belum ada yg mampu sekalipun org agama di negara kita ni, malah gejala sosial makin menjadi jadi dan marilah fikirkan tentang masalah ini. Sudahlah.....wahai pemimpin ku tercinta.


Thursday, April 28, 2011

APA SAKIT MAU


Semalam temankan yg aku panggil"kekanda" ke klinik, katanya sakit tekak, batuk batuk, demam...dah 3 minggu.Aku tahu kenapa dia sakit tekak..sebabnya kalau bercakap dia suka guna volume yg plg tinggi..tak kiralah dengan anak anaknya ke, apa tah lagi dgn aku ni, kalau ceramah bak kata org ni tak payah pakai pembesar suara.

Dulu dulu mula kenal tersentak juga bila dia panggil, sekarang dah OK.

Aku bukan nak cete pasal pesakit ni, tp aku nak cete umah sakit ni, mula mula aku sampai kat hospital Sg Buloh, ramainya org sakit dan bermacam macam peyakit.Masa gi hospital tu jam 12.30tgh..lagilah ramai org duduk nunggu angka giliran,aku peneman aje, ngantuknyalah mata nak tunggu angka giliran, bayangkan dtg 12.30thg dekat jam 4, baru nombor di panggil.

Tp sekarang kat hospital dah lengkap, ada TV siaran TV3, ada tempat mainan kanak kanak, ada surau, ada cafe dan kalau bawak laptop bolehlah berFB.

Semasa aku duduk meneman ni aku dengar ada suara buat pengumunan "kpd waris nurul ain, sila ambil perhatian..jenazahnya boleh di tuntut di bilik no..." tak lama lepas tu aku lihat 3 org warisnya menolok kereta sorong dengan jenezah diatasnya...sugul saja wajah mereka...itulah sebuah kematian yang pasti.

Lepas tu ada juga adegan yg aku lihat seorang anak gadis sedang memelok lengan atoknya (akulah kata atoknya) dgn perutnya memboyot sambil berkata "banggg, ina rasa tak selesalah ni"katanya sambil mengambil tangan si atok tadi di letakan atas perutnya, aku nampak atoknya cukup bergaya dan masih tahan lagilah

" sabar sayang..tinggal sebulan setengah lagi" kata si atok tu tadi sambil tanganya membetulkan juraian rambut ina yg boleh di istilahkan cucu...romantiknya org tua dapat org muda.

Ada lagi yg aku tengok dua org cikgu sedang menolak kerusi roda yg anakmurid kakinya terkehel sebab berkawat, baik aje wajah cikgu tu dan mau bercakap cakap dgn anak muridnya, agaknya guru ko-kurikulumlah tu.

Untuk hari semalam org yg aku teman ni dia buat X-ray dan kata doktor yg rawatnya " esok dtg ke klinik di Sg Buloh untuk rawatan terperinci.Dan semalam balik jam 5.00ptg

Pagi tadi kami dtg jam 10.00 pg waaah tak ade kerusi kosong, penuh dgn kanak kanak, org tua dan orang perempuan.

Sementara duduk meneman sempatlah aku lihat beberapa adegan yg menarik perhatian,

yg pertama seorang banduan berbaju biru tua dan umurnya mungkin dah 80 thn dan tangan bergari di iringi oleh 2 org polis...kesian aku tengok, polis yg mengiringnya syik borak aje...dia diam aje..iye tiada apa nak di borakan sebab dia tu pesalah.

Yang kedua aku tengok seorg wanita yg sedang mengurut belakang suaminya, tp suaminya asyk menolak nolak tangan isterinya sambil mata memandang kelain, merajuk agaknya sisuami tu...iyelah badan sakit kalau isteri tak layan merajuklah dia, org kata lelaki ni kadangkala dia mahukan perhatian..tp zaman ni manusia dah nafsu nafsi.

Yg satu ni aku lihat pemandangan yg memalukan kaum sejenisku iaitu kaum hawa, adalah seorg perempuan ni badanya bulat aje dan berisi..aku agak agaklah mungkin dlm 80 kilogramlah tu,

dia pakai tudung OKlah, baju pun OK jugalah T-Shirt lengan panjang tapi singkat sangat,itu tak ape lagi,tp yg memalukan aku ni seluarnya...zaman sekarang ni ada sejenis seluar yang dipanggil legging. Tahu legging? Legging adalah sejenis seluar sendat nipis yang biasanya diperbuat daripada campuran lycra, Spandex, nilon, kapas, atau polyester campuran.

Seluar yg org perempuan pakai ni kainya nipis warna hitam dan bila pakai macam melekat kat tubuh serta sgt jarang hingga nampak seluar yg didalm tu...dah lah tu dia kehulu kehilir sambil berjalan tertonggek tonggek...ehhhh geramnya aku, ada seorg lelaki yg aku kira umurnya 40 an tu asyik pandang aje...tak tau malu betul.

Ok lah ni cete kat hospital dan Klinik yg membuatkan aku rasa terhibur jugak sementara menunggu "kekanda"

Wednesday, April 27, 2011

Jom Pindah Randah


Wahai anak anaku yg dtg belajar kat Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain, di Prima Damansara ni...sekarang ibu rasa legaaa sikit sebabnya ofis ibu yg kamu tumpang belajar tu adalah pejabat Kalimah Cinta Sdn Bhd iaitu syarikat penerbitan ibu buat majjalah dan buku.

Mahu atau tak mau ibu terpaksalah tempatkan jugak kamu kat situ sebab antara Darul Tahfiz Sri al Ain,Persatuan Belia Sri al Ain dan Kalimat Cinta adalah org yg sama.

Hari ini Solehah dah gendung kunci pintu madarasah barunya...harap Solehah tersenyum lebarlah ye..sebab anak anak murid dah dapat tempat yg sedikit selesa.

Hari ni Solehah dengan budak budak Kemboja tu menyental lantai, bilik air bak katanya " biar sedap mata memandang"

eeh paham paham ajelah rumah yg dah 5 thn duduk oleh kaum india..ada itu bau minyak rambut zam zam dan bau itu setangginya.

Esok Solehah nak gecat pulak...pas tu Solehah nak buat jadual waktu baru.

Moga Solehah, Sakinah dan seluruh warga anak Kemboja tu berbahagialah tanpa menumpang di Kalimat Cinta.

Ingat ye...rombongan dari Kemboja tu nak datang belajar...ingat! makanminum, sara hidup budak budak tu dan sewa itu tempat mau setle tiap bulan..kalau tidak kalu ...kena numpang lagi.

Tak ape Solehah kalau majjalah fardhu ain ni melonjak, bukan setakat tu tempat aje...akan ku dirikan WISMA SOLEHAH -KEMBOJA..amacam?

Semoga mampu meneraju JIHAD PENDIDIKAN ASIA ni.

Tuesday, April 26, 2011

SAM LAM


Foto : Terliur aku lihat sotong sumbat pulut ni.Buat org yg ada peyakit gout jangan makan tau..ibarat pulut dan sotong ni akan membawa susah, belum habis seekor sotong di telan gout dah meyerang.

Depan madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di Prima Damansara ni kalau setiap malam selasa ada pasar malam atau dlm bahasa cham sam lam kata anak Kemboja dan pada Ahad ada pasar tani.

Kalau malam selasa ni pasar malamnya bermula jam 4.30 petang hingga jam 10 mlm...bestlah jugak ada jual sayur sayuran, ikan daging ayam, sotong, udang dan berbagai jenis lauk pauk dan kuih muih serta tak ketinggalan buah buahan dan ada lagi jual mainan kanak kanak serta jual pakaian.

Kat pasar malam ni aku lihat org org kita nilah waaaah berbelanja makanan banyaknya, beli air beli kuh, beli lauk dan macam macam lagi, jari jemari yang sepuluh tu tak cukup nak selitkan plastik makanan.

Budaya makan yg luarbiasa buat org malaysia.

Manakala kedudukan madarasah Darul Tahfiz ini betul betul depan pasar malam dan bilik anak anak kemboja ada tingkap, jadi lepas kelas anak anak Kemboja ini memerhati dari atas ikut tingkap bagaimana org Malaysia menjinjing makanan.

sambil memerhati mereka mengomel dlm bahasa khmer dan bahasa cham, satu hari aku tanya apa yg di bincangkan bila tengok org di pasar malam " kami tengok org Malaysia kuat makanlah ibu...kami disana tak ade makanan macam ni, kami di sana makan jagung rebus, ubi kayu dan dan pisang bakar" kata budak budak tu "kamu mau ke pasar malam ke" aku tanya " tak mau, kami tak mau makan banyak macam tu...susah mau hidup" kata mereka.

Hey rakyaat Malaysia! jangan makan melampau tau ni budakl budak dari Kemboja pun tahu kalau makan banyak hidup akan jadi susah, kenapa dia kata susah? iyelah susahlah kalau ada penyakit.

Di sini aku nak bertau tentang kenapa Allah turunkan musibah yg dahsyat antaranya ada tercatat didalam kitab penawar bagi hati ini.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia yang membuatkan hasil dari sifat celaan itu Allah telah menurunkan musibah serta malapetaka yang dahsyat itu.

1. Gelojoh ketika makan

2. Banyak bercakap
3. Suka marah-marah.

4. Hasad dengki
5. Kedekut & bakhil
6. Bermegah-megah
7. Cintakan dunia

8. Ego atau sombong
9. Ujub dan suka bangga diri
10. Gemarkan pujian atau riak

Dan antaranya yg di tulisnya ialah M A K A N.

Masa aku ke Padang waktu peristiwa yg menyayat hati iaitu gempa bumi yg meneggelamkan 3 buah kampung tu...aku lihat kat org org di sana sgt suka pada makan hingga terkenal di nusantara "makanan padang, nasi padang" dan hinggakan di bukit tinggi terkenal dengan tempat "makanan".

Macam anak anak Kemboja ni mereka tidak terdedah dgn makanan yg mewah hinggakan bila nak diberi makanan sotong pun mereka kata "kami tak pernah makan sotong, di kampung kami tak ade sotong dan sotong hanya ada di phnon phen aje" .Kita kalau Malaysia ni sotong tu di buat sotong sumbat pulut, masyallah lah sedapnya...ini beda hidup.


Monday, April 25, 2011

CINTA ASLI

Foto : Sebelah tu orang asli namanya Kuang...he..he

Aku ni berkawan dgn anak asli semenjak aku umur 5 thn lagi, arwah ayah aku kerjanya jurusukat tanah, jadi kalau ada penempatan baru yg nak bukak maka ayahlah org panggil, tak kira orang pejabat kerajaan ke atau org swasta...semuanya panggil ayah.

Aku bangga dgn arwah ayah aku kerana dia ni ada sikap "rebus tak empok atau rendam tak basah" kalau dia kata iye, maka iyelah dan akalu dia tidak ...ha dengarlah cakap dia.

Kini tinggal kenangan yg sukarku lupakan dan cucu yang paling dia sayang ialah tatak, masa dia meninggal dulu tatak umur 14 thn (tingkatan 2) sekolah kat chenor

Ingat lagi dia pesan kat tatak " Solehah bila dah habis belajar, bukak sekolah kat Maran ni" ...isssh ayah ni macam tahu aje yg tatak atau inah nak bukak sekolah..doalah semoga betul apa yg tok ki nya cakap.

Ni aku nak cete pasal org asli, masa kecik kecik dulu ayah ni kalau nak cari pekerja dia cari asli, kata ayah org asli bagus, tak main rasuah, tak main tipu dan selalu jujur dan satu lagi yg ayah suka kat org asli kalau keje tu kalau dia kata boleh buat, dia akan buat dan kalau dia tak boleh buat, dia akan kata tak boleh buat...tak macam org kita ni takut nak kata "tidak" asyik kata "ya" aje, sama ada boleh atau tak boleh sama aje...maap ye bangsaku

OK cete aku ni tak habis lagi..gini org asli dia kalau bercinta tu bak kata budak sekarang macam nak "rak" maknanya cinta sungguh sungguh dgn pasanganya, dan cinta org asli jarang bercerai kecuali mati, tak macam org melayu kawen cerai, cerai kawen tp org asli sungguh setia dgn pasangan.

Kenape aku kata gitu? org pompuan asli ni dia kawen dgn pasanganya dia terima pasanganya dgn seadanya...ni berlaku pd kawan arwah ayah, namanya Sambang, seingat akulah sambang ni ada peyakit kulit yg sangat teruk...kulit mengelupas dan kadang berair, belakangnya kurap dan panau, giginya kuning pekat sangat agaknya dah lama tak gosoklah tu, rambut kering aje, kuku kaki dan tanganya geli geleman aku tengok...he sungguh meloyakan kalau tengok, tp dia ni dpt pasangan yg aku ketegorikan gadis asli yg plg cunlah di kampungnya, umur isterinya baru 16 thn...masa aku dtg kat umahnya waktu itu perutnya dah besar, kata ibunya dah 6bln dan aku lihat dia asyik mengupin kulit yg mengelupas di belakang sambang..masyallah hebatnya.

Masa tu aku kecik lagi..tp aku dah tahu isterinya tu buat kerja kotor iaitu main kudis org, bila balik umah aku cetelah kat arwah mak, dia kata " org asli ni cintanya asli" hebatkan.

Saturday, April 23, 2011

Bila Dah Mati Baru Nampak Tanda




Foto: pesalah ini di tembak sampai mati, dia di beri pilihan utk wasiat terakhirnya...dia minta utk solat dulu...semoga rohnya di rahmati Allah

Orang kata kalau ada buat tabiat ganjil tu tanda nak mati...issssh sebenarnya kita yg punya diri ni nampaknya sentiasa buat tabiat ganjil, sebenarnya kita perasan atau pun tidak, lepas di kuburkan baru org terdekat nampak tabiat ganjil
tersebut.

Kadangkala itu kalau cete pasal tabiat ganjil macam macam ada ada tabiatnya, ingat aku pada seorang pak cik yg usianya dah 67 thn, dia ni ada tabiat ganjil iaitu bila makan nak manis manis aje, kalau makan nasi manis tu sepinggan habis,

makan durian tu berbiji biji dia habis dan kalau minum teh o itu sejag dia habis semuanya...katanya benda yg manis ni sedap.

Pada satu hari tu dia pening kepala dari jam 12 tgh sampai 10 mlm, dia asyik tido aje... lepas tu dia rasa kat ibu jari kakinya ada rasa gatal dia pun garu garulah dan esoknya kesan garu tu jadi kudis dan makin hari kudis makin besar dan berair tapi makanan manis dia tetap makan juga.

Satu hari anaknya yang keje dlm jabatan kerajaan pegawai kelas 2 bawalah ayahnya kekelinik yg mahalah sebab anaknya boleh bayar sebabnya org kerajaan.

Lepas di check ropa ropanya bapaknya kena darah tinggi dan kencing manis dan bila dah kena peyakit tu si ayahnya marahlah kat dirinya sendiri kenapalah suka sgt makan manis manis dan dah kena peyakit.

Maka kata si anak tu pada ayahnya"ayah patutlah saya tengok ayah ni sejak akhir buang tabiat rupanya ayah ada peyakit dan peyakit ayah ni boleh bawa mati dan itulah tandanya org nak mati" kata anaknya.

OKlah ini cete selingan...yg aku nak cete ni org yg suka lah kan solat.Renung pulak cete di bawah ni


Balasan...Melewatkan Waktu Solat

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang umurnya 65ahmeninggaldunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan AlMa’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampaisahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat(dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka punterus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yanglain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 kmJauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitamyang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut danletakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazahwanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanitatersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada dipersekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkaratersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkanSolatnya.Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan imankita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baruseksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

DIA DATANG DLM MIMPIKU


Aku pun tidak tahulah kenapalah sejak akhir akhir ni aku selalu ingat budak budak kat Acheh tu...mungkinlah aku rasa dah lama tak jengah mereka, aku call juga Mutia pembantu aku kat Acheh tu, tp dia pun memberi jawapan yang sama"OK ibu" apa yang OKnya, Kadang kala aku termimpikan budaj budak tu, dulu aku ke Acheh ni macam balik ke Maran atau ke Lubok China, sebulan sekali pergi. Tapi le ni susah sikit...aku kira dah beberapa bulan aku tak tengok diorang, aku hanya harapkan Ustaz Abdullah, Mutia dan Nyak aje...mintalah Allah bantu aku dalam urusan ini...oh sesungguhnya hambaMu ini hamba yang sangat lemah dan tak berdaya.

Sekarang ni anak anak yatim yg mendiami Yayasan Anak yatim Darul tahfiz Sri al Ain Acheh tu dah bertambah, bermakna bertambahlah kos biayanya.Manakala bulan Jun ini adalah tahun baru untuk kemasukan pelajar naik kelas...iyelah macam juga si bungsu aku yg nak masuk ke tingkatan 4, kalau tak ade satu ribu tak boleh masuk sekolah sekarang ni, bajunya macam macam jenis baju, bukunya macam macam jenis buku...kalau zaman aku dulu buku tulis dan buku teks tak adepun buku kerja, buku latihan, entah apa pa buku, pas tu alat alatan lagi dan lagi berat macam macam jenis yuran.

Patutlah zaman ni orang beranak seorang atau 2 orang aje...kalau macam aku ni beranak 7 tujuh eh tak taulah macamana, entah kesekolah entak ketidak.. tapi ni pasal anak Acheh aku nak naik kelas ni seseorang kena ade RM 250 seorang termasuk buku, baju, kasut dan yuran.

Tp alhamdulillahlah rezeki anak Acheh ni murah sebabnya pengurus yg menguruskan budak budak tu cergas, cerdas dan kuat kerja..kerjanya cari sponsor dan biaya.Kalau harap kan aku tak taulah.. tak sekolahlah budak budak tu.

Aku ni mampu bukak Yayasan tu 6 thn dulu aje ketika duit ade buat kem tahfiz ...nak biaya bulanan tu aku tak dapatlah sebab aku ni surirumahtangga sepenuh masa, tak ade keje...keje tu bermusim aje.

Bak kata orang rezeki anak yatim, rezeki org susah dan rezeki org teraniaya ni murah...jadi janganlah risau ada je doronganya dari org yg bermurah hati.

Tak pe insyallah adelah rezeki budak budak tu.

Wednesday, April 20, 2011

HOBI


Masa sekolah rendah dulu cikgu ada suruh buat satu karangan, tajuk karangan tu "hobi" kata cikgu, karang tu mestilah 50 patah perkataan sahaja dan tajuknya mestilah tentang hobi sendiri.

Cikgu pun beritahulah cara nak tulis karang yg bertajuk "hobi" atau "minat" atau" kerja mengisi masa lapang"

Iyelah masa tu darjah 3, manalah pandai sangat nak mengarang, tapi oleh kerana tinggal di kampung maka cerita hobi tu tidaklah susah nak di garap, masa tu hobi aku ialah "melukis" aku pun mulalah mengarang cete tentang hobi aku dan hampir semua kawan kawan aku suka melukis, aku ingat aku aje suka melukis rupa rupanya hampir setengah dari kelas itu suka melukis. Aku pun tidak tahu kenapalah mereka ini suka melukis.

Sekarang ni barulah aku faham kenapa kawan kawan dan aku suka melukis...sebabnya setiap hari dari celik mata hingga lelap mata kami hanya tengok pemandangan sahaja, tiada kenderaan, tiada hiburan, tiada bangunan yg tinggi, tiada orang cantik dan menarik, yg ada hanyalah gunung ganang, bukit bukau dan sungai sawah serta ayam itik maka sebab itulah hobi menjurus kesitu.

Hari ini kalau aku tanya budak budak sekarang ni apa hobinya? Internet, makan makan,muzik, berjalan jalan, menulis dan macam amacam lagilah hobi yg hebat hebat.

Tapi kat Madarasah aku bila aku beri borang sekolah ada bahagian hobi,maka hampir semua hobinya baca Quran, dan hafal hadis.....masyallah, sejuk perut ibunya mengandung kalaulah ada anak yg hobinya macam tu

Eh memang benar budak budak Kemboja kat Madarasah ini dia tahu Quran, Hadis dan belajar sahaja...kalau ada sekang waktu 15 minit pun dia akan baca Quran.

Inilah yang dikata ulama pewaris nabi.

Semoga mereka ini dpt mencorak dunia Islam dengan Iman, Amal dan takwa.

I MISS YOU

Selamat Ulangtahun sayang.


Ammar Yassar buahatiku..ada hantar sms kata nak catting, tunggu..tp tak boleh bukak internet ustaz tak kasi, OK sayang mak faham.

Kalau ada kesempatan insyallah kita jumpa ye. Tak boleh cete lebih lebih tatak jelous tau, simpan dlm hati.

Mak rindu dan rindu SELAMAT BELAJAR

Monday, April 18, 2011

HARGA BUAH DADA


Semalam jumpa kawan depan sekolahnya, dia ngajar mata pelajaran matematik.Dah 10 th dia ngajar di 3 buah sekolah, mula mula ngajar dulu nuuun di ulu Tembeling, sekolah orang asli.Muridnya ada 25 org aje, jarak antara sekolahnya dgn rumahnya lebih kuran 5 kilometer dan katanya sebelum subuh dah heret basikal lalu di jalan yg laluan hanya boleh lalu motor aje. Adatlah org mula keje mana di campak situlah pegi.

Katanya ngajar kat sekolah org asli tak ada masalah sosial, jauh dari sebarang masalah yg mengusutkan otaknya.Lagi pun anak org asli ni satu peelnya iaitu malas gi sekolah, dlm seminggu tu kalau 3 hari mereka datang itu dah kira baguslah, kalau tidak seminggu sekali sahaja, ada tu dlm sebulan tu 2 hari aje kesekolah bila tanya gi mana, dia akan jawab musim masuk hutan tlg mak cari rotan dan binatang buruan.

Sekarang kawan aku dah ngajar di sekolah bandar dalam erti kata bandar...kata menteri pelajaran tak lama lagi semua pelajar akan belajar secara "maya" oooo mak oi "maya" camana ye kalau belajar cara "maya". Kalau lah ini terjadi...sungguhlah aku cakap bahawa dunia ini memaglah di ambang kiamat.

Kata kawan aku ni pasal budak darjah enam yg aku nak cete ni pasal budak pompuanlah ni, berdiri bulu roma aku nak cete ni, katanya anak muridnya telah hantar sms kat kawan lelakinya dlm smsnya dia tulis "ehh you, nak tengok 50 sen, nak pegang RM 1" tak taulah aku bila kawan aku kata gitu,

Bayangkan buah dada budak umur 12 thn..dah pandai dan dah tahu bahawa budak lelaki teman lelakinya suka kat buah dadanya...inilah musibah yg sedang melanda...negara kita yg dikata negara yang makmur tp anak anaknya hancur lebur.

Cik gu tu kata lagi budak pompuan dgn budak lelaki ni main hantar bahan lucah melalu CD dan pen drive biasa aje...malah ada anak muridnya yg dapat di tangkap kerana mengedarkan bahan lucah ini.

Aku rasa ibubapa tak tau perkara ini...tp ibubapa dpt rasa kalau anaknya membuat mulaberperangai pelik pelik, keluar petang balik malam, dlm fb tulis lucah lucah, cakap makbapak lawan dan tak minat gi sekolah.

Ini petanda yg anak tu dah mula rosak, kalau dah rosak tak taulah naik baiki macam mana. Iye budak budak sekarang bijaknya lebih dari mak bapaknya.

Sunday, April 17, 2011

HARI KELUARGA WAN TOMAH


Pd 30 April - 1 Mei 2011 ni bertempat di Janda Baik kita org semua yg ada kaitan dengan seorang yang bernama Temah bte Melah iaitu keturunan dari Lebai Kassim bin Lebai Arif berasal dari Sumatera, Indonesia ini akan berkampung beramai ramai untuk menjalin tali saliturahim dan ikatan kekeluargaan.

Seorang Ibu yang gigih, tabah, sabar, kuat berusaha dan tiada memendam rasa ini adalah seorg insan yg bergelar ibu "hebat" di mataku...kenapa?

Didalam novelku "layar" watak "siapakah timah"adalah watak utama dan watak yg mempengaruhi semua watak lain.

Menjadi seorang isteri bukan teman di waktu senang saja atau teman berbicara, tp isteri adalah teman sehidup semati bagi pasangan yg sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan Kasih sayangnya untuk sebuah "mahligai" apakah mahligai itu istana? baru di gelar mahligai?

oooh tidak sebuah pondok usang yg dindingya dari daun nipah, beratapkan rumbia dan berlantai buluh yg di jalin serta bertanggakan dahan palas diikat dgn rotan ,serta kadang makan nasi tapi lebih banyak makan ubi itulah mahligai kerana di situ ada "gelak tawa dan cinta sayang""

"Ibu" siapakah yg mengangkat martabat Ibu ini sehingga di tahap yg paling atas?

Nabi junjungan kita yg meletakan ibu pada kedudukanya.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Betapa hebatnya seorang ibu, mengandung 9bln 10 hari..kalau ibu bandar mengandung ok lagilah tak payah buat kerja berat,

tp kalau ibu seperti Tomah atau Timah ini dah membawa perutnya yg berat tapi terpaksa pula ke kebun getah utk menoreh, bila petang kesawah menanam padi, bila hampir senja ke kebun sayur dan bila malam pula mengayam tikar atau mengirik padi dan sebelum subuh dah siapkan sarapan utk anak anak.

Bila ku renung renung hebatnyalah seorg wanita ini.Sebab itu anak kalau susah " mak doakan saya ye" atau anak kalau nak kawen "mak doakan saya agar jodoh saya berpanjangan ye" atau anak anak perempuan kalau nak bersalin " mak doakan saya supaya senang bersalin ye" semuanya minta doa mak.

Tapi ibu tetap seorang ibu di wajahnya terpancar suara hatinya yg suci dan bersih dia sentiasa iklas dengan anaknya dan sentiasa mendidik anak anaknya walaupun dirinya seperti lilin.

Dari itu aku rasa utk meraikan ibuku yang sudah berusia 74 thn bukan sekadar " helllo mak, apakkhabar? mak dah makan ke? mak sihat ke?" itu soalan utk lepaskan batuk di tanggga, kata ayah aku Abu Samah bin Yusof, kalau seorang anak tu nak balas jasa ibu ni kalau kita dukung dia sepanjang hayat kita dan jaganya sepanjang hidup kita itu belum dpt kita balas jasanya dan kata ayahku lagi " ibu itu adalah "Ratu" didalam hati anak anak.

Dan pada kesempatan usia omak sei ni sei tak tau nak buat apa, nak balas jasa omak sei ni...apakah program utk meraikan omak ni...omak sei akan suka atau omak sei bahagia...omak! sei harap omak sentiasa baik baik aje.

Dan sesungguhnya sei letak omak di hati sei sebagai Ratu yang sei lihat sentiasa cantik di mata dan bahagia di hati.

Sei sayang omak sei ini Tomah bte Melah dan Ibunda saya Midah bte Awang serta ayanhnda tercinta Abu samah bin Yusoh dan abah kesayangan ku Zakaria bin Hamid...kau semua di lubuk kalbu ku...


Friday, April 15, 2011

SABUN BUKU CAP KAPAK


Masa aku kecik kecik dulu sabun yg aku kenal hanya satu saja iaitu sabun buku cap kapak, itulah shampoo, bila gosok kat rambut, rambut pun jadi keperangan, bukan meraj macam org sekrang ni, tp perang sebab sabun tak sesuai utk rambut dan rambut pula kering aje dan itulah jugak sabun badan bila pakai kulit pun jadi kering aje dan boleh di ibaratkan sabun cap kapak ni kegunaanya ialah dari hujung kakiku hinggalah kehujung rambutku...apa macam wahai wanita cantik zaman ni...boleh guna ke ini barang? aku guna dan sampai le ni...kulit aku OK aje,rambut pun OK je dan itulah jugak sabun utk basuh kain dan itulah jugak sabun utk basuh pinggan.

Sabun ni harganya 10 sen sebuku utk serbaguna dan bolehlah tahan 3 hari, masa tu sabun ni warna kuning...bila dah maju sikit sabun ni adalah warna hijau.

Tapi le ni kalau utk rambut ada shampoo kalau utk rambut kelemumur lain jenisnya, kalau jenis rambut kerinting lain jenisnya dan pas tu ada pulak pelembut...itu bab nak basuh rambut, lepas tu nak sabun badan pulak ada pula namanya body shampoo dan kalau bahagian sulit ada juga pencucinya dan kalau bahagian kakinya gitu juga, manakala muka pula lagilah macam macam jenis dan nak basuh tangan aje ada juga pencuci tanganya..

aku ni dah diasuh dgn adat dan tradisi aku tak berapa nak pakaiguna benda benda ini dan aku rasa sangat membazir guna benda benda ni, kalau berhasil tak pe jugak macam dpt kulit putih gebu ke, kaki jadi cantik ke, muka jadi berseri ke OKlah tapi bila makin di pakai tiada apa apa pun, jadi aku gunalah cara lama iaitu rambut ke ,kaki ke, atau ape aje gunalah sabun buku cuma aku ni dah maju sikitlah sekarang iaitu namanya sabun mandi..wangi sikit...biarlah tak ikut peredaran zaman.

Sebenarnya yg aku nak cete bab adab dan etika anak anak sekarang ni, sebab baru baru aku gi negeri pantai timur... aku lihat bebudak muda ni dah hancur..rosak..punah baik dari fizikalnya yg berpakaian tak senonoh, mentalnya pula tak berapa nak gunakan dan bila bercakap tu cakapanya mencarut mencapat iaitu dlm sepuloh patah perkataan yg di ucapnya 7 mencarut 3 aje yg kita dengar OK dan pergaulanya sebebas bebasnya sesama mereka.

Aku tengok satu adegan ni...ada 4 org budak perempuan, 2 org pakai hitam..kata anak aku Salman kalau pakai hitam tu namanya "gotek" yg 2 lagi pakai tudung tp seluar sendat dan bert-Shirt padat, duduk kat satu sudut di pasaraya..gelak gelak, cakap entah apa bahasa dan tiba tiba dtg sebuah kereta pemandunya pemuda yg siap bergayanya maka tak semena mena budak perempuan gotek tu heret budak perempuan yg pakai tudung tu dan buka pintu kereta tolak budak perempuan yg pakai tudung tu kedlm kereta, lalu si jantan tu pegang tangan budak perempuan tu dan pegang kepala budak perempuan lalu di cium budak perempuan dan bila dah cium si lelaki tu tunjuk ibu jari tanda bagus lalu bla...bla..bla

Haaaaa.... hati hati hati ye, kalau anak gadis kita pakai tudung keluar jangan percaya, ni berlaku dan saya urut dada, ialah aku pun ada anak perempuan dan anda pun ada anak perempuan dan perkara ini kita tak tau apa yg berlaku dan apa yg terjadi.

Kemajuan yg memusnah umat manusia..semakin maju manusia semakin jahanan hidup ini dan semakin hilang moral dan malu manusia...mereka berbuat apa sahaja tanpa mengira apa apa.

Jika dah gitu anda ingatlah apa yg berlaku pada budak perempuan tu ye? ingat lagi kalau zaman aku sekolah menengah dulu, punyalah malunya kat org lelaki ni tak tau nak cakap dan kalau balik sekolah kelompok budak perempuan dgn budak perempuan aje dan kalau budak lelaki dgn budak lelaki aje...tapi hari ini kalau tepi pagar sekolah tu siap berkiss kiss lagi dan baru baru ni budak tingkatan satu sekolah di Kajang, beranak di belakang sekolahnya waktu masa cuti sekolah.

Cete ni cikgu pun malas nak heboh heboh dan mak bapaknya kata cikgu tak jaga anaknya.
Entahh lah,

2 bln lepas aku minta kebenaran dgn pihak masjid di ibukota nak buat Halaqah Remaja Masjid punyalah banyak syarat syarat dan termanya...kenapa ye...wahai org tua tua yg menguruskan masjid sila lihat anak anak remaja warisan bangsa ni, jika di biarkan anda semua ambil tak kisah atau anda rasa selesa dgn kedudukan tak lihat masa depan anak bangsa,,,perkara ini akan jadi jadi seperti negara jiran kita tau..tu hah seperti Singapore..anak org Islam minum arak depan tangga masjid dan kalau setakat peluk ke..apa apa ke tu tak usah cakap.
OK lah lenguh mulut dan tangan ni nak cete bab ni..siapa yg nak paham?

Thursday, April 14, 2011

BATU BELAH BATU BERTANGKUP


Orang tua tua kata "kalau berkawan tu jangan lebih lebih sangat dan kalau benci tu jangan benci sangat, tak elok" itu bidalan org tua, tp kali ini aku tak mau komen tentang bidalan yg aku tulis ni, tp aku nak cete pasal "makan"

Terpiker ke oleh kita sebab makanan kadangkala seorang ibu boleh kecil hati dgn anak,?

akhirnya ibunya sanggup masukan dirinya kedlm batu untuk di telan oleh batu bagi membuktikan bahawa betapa marahnya sang ibu tadi terhadap anaknya kerana memakan telur ikan tembakul.

Cete ini walaupun mitos...tapi seharusnya jadi pengajaran dan harus ingat.

aku nak bawa cete ini untuk anda baca.

Gini cetenya....
Ada sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit Berapit Sebatu dari Pangkalan Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehingga berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.

Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala sedang memetik daun cemperai, mereka terdengar suara kuat yang amat menyeramkan. Si Kantan memeritahu isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya.

Beberapa tahun kemudian mereka memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga Melur dan seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan suaminya mati sewaktu anak-anaknya masih kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.


Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya.


Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.


Akhirnya si ibu mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Bunga Melur yang terus mengekorinya sambil mendukung Si Pekan.


ebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Melur pun jatuh pengsan.


Aku teringatlah ada kisah kawan aku ni dia pernah termakan buah manggis kawanya tanpa izin kawanya, dia makan bukanlah banyak sangat...kalau nak ikut tidak memberi kesanpun sebab dia beli manggis tu 2 kilo yg si kawan tu makan 5 biji aje...anda nak tahu si kawan yg punya manggis tu mencemuh kawan yg makan manggis sepertinya kalaulah dapat di muntahkan manggis tu mau di muntahkanya kerana bila mendengar cemuhan, leteran dan kemarahan kawan yg punya manggis tu... itulah kadangkala tu kita berkawan ni kita pun tak tahu tahap kebaikan kawan kita pada kita? betulah org tua kata " sayang sahabat sama binasa" kalau jenis sahabat macam ni tak payahlah kawan biar aje jangan bersahabat dengannya...sebab manggis pun boleh jadi putus kawan.

Tuesday, April 12, 2011

HIDUP TUNGGANG LANGGANG


"Semenjak kami datang Malaysia ni inilah kali pertama kami merasa ayam KFC" kata anak anak Kemboja.

lepas tu dengarlah oleh seorang kawan aku katanya " oooh budak Kemboja beri makan ayam KFC ye, kita ni dah makan ikan masin" kata kawan aku tu " Ya Allah bongoknyalah kawan aku ni, yang selama ini hidup dia dirundung kemewahan makan Mc Donald, KFC, Makanan jepun, China,Orang putih sampai aku pun tak tau nak sebut dan bila belanja kawan tak main makan roti canai ni, makan di restoran berjenama dan ternama, ni bila anak Kemboja sekali makan yang makan pun hanya seketul ayam saja seorang dgn air segelas di kongsi 3 orang itu pun, kawan aku ni nak rasa dengki, subahannallah...kadangkala aku pun tak taulah nak cakap apa lagi dah sekarang ni.

Ni Satu lagi aku nak beritau...kalau kita rasa tak iklas dengan orang jangan bagi dan beritau org yang nak kita bagi tu " haaa, aku tak mau kasi kat kau ni, aku pun susah" tp tidak pura pura buat baik, bila terdesak ungkit bangkit macam org tak ade akal, kita ni kan manusia yang Allah anugerah sesuatu yg tiada pada makluk lain iaitu "AKAL", malaikat pun tak ade akal, haiwan pun tak ade akal...semua makluk yg Allah jadikan tak ade akal kecuali manusia ada kelebihan AKAL.

Ni nak beritau... AKAL & PANDAI satu perbedaanya yg jauh, burung kakak tua kalau kita ajar dia hari hari sebut "good morning" maka setiap kali org datang dia pun sebutlah "good morning" tak kira waktu dah malam ke, pg ke atau senja, kuda pun gitu, anjing lagilah cepat pandai kalau di ajar...haaaa kita jangan jadi binatang pandai sebab di ajar, tp dlm hidup tak tau guna otak yg gunaya utk piker.

Aku rasa hidup kawan aku ni ada peyakit hati dan peyakit mental, kalau tidak masakan dia boleh tegur yg budak Kemboja makan seketul ayam KFC yg aku rasa RM 2.50 seketul itu atas duit bantuan org, bukan duit aku yg belanja...aku pun makan ayam KFC kalau ada nak belanja, kalau duit aku sendiri...minta maap aku tak minat makan ayam yg di peram tu dan ayam tak tau sembelihnya cara macamna. Yg aku peliknya org tegur aku org yang hidupnya di dalam limpahan rahmat, nikmat Allah untuknya dan kalau gi tengok wayang tu yg beli tiket harga RM 40 seorang jenis terlentang aje menontonnya, dan kalau makan tu tak usik kedai mamak ni...ni gi restoran yg kat KLCC atau Restoran yg Datok K dan Siti Norhaliza makan.

Macamanalah org komplen...ni lah namanya manusia yg tak syukur nikmat Tuhan dan di dalam hatinya ada buih buih ludahan syaitan.

Friday, April 8, 2011

MAIN BADMINTON PAKAI KAIN

Foto : Bapak dan Anak di Kemboja, wajah yg menyimpan perasan dan tekanan hidup...terlalu susah utk meneruskan hidup

Semalam aku shopping seluar track 10 helai untuk anak anak Kembojaku, bukanya ape dah nak masuk 3 bln mereka kat sini aku tengok mereka ni main bola sepak pakai kain, main badminton pakai kain, jadi naik kesian kat mereka ni.

Bila aku bagi aje seluar mereka terus sarung dan dah tak kira lagi...hujan pun hujanlah nak cuba main pakai seluar pulak. Adui lah anak anak Kembojaku, terlalu belas hatiku pada kamu semua.Kalau kat Malaysia ni org seluar baju ni buang aje dan pakai pun ikut cita rasa.

Selama mereka kat sini, masa mereka kemas stor umah aku jumpa beberapa helai T-Shirt program yg aku tersimpan dan mereka minta, cukup pulak T- Shirt tu utk mereka semua, maka aku pun tengoklah setiap hari mereka ni mesti pakai T- Shirt tu...agaknya dah gitu keadaanya tak seperti kita rakyaat Malaysia yg mewah ni.

Baru baru ni satu group dari Madarasah Bt 10, Hulu Langat seramai 7 or anak Kemboja ambil pakaian lebih kurang 20 ktk di Madarasahku di Semenyih, masih terlalu banyak lagi pakaian di situ, lambakan pakaian ini adalah kerana org beranggapan aku tempat untuk mereka sedekahkan pakaian terpakai.

Kadangkala tu aku tenggok pakaian dah berlonggok aje depan pintu di tulisnya kat pakaian tu " Pakaian utk mangsa bencana Alam" bila bukak aje, dari 10 ktk yg hantar tu tak sampai 2 ktk yg blh guna, yg 8 ktk tu boleh buang kat Sg Gombak.

Inilah penderma yg hatinya seburuk kain tu jugak. Sebab itulah aku malas nak pilih baju terpakai kat Semenyih untuk beri pada anak anak Kemboja, masa memilih baju tu lebih lama, maka aku ambil keputusan beli ajelah.

Wahai penderma yg budiman janganlah buat aku tempat longgokan barang buruk, kesianlah kat kita org ni.

Thursday, April 7, 2011

BAGI LEBIH


Aku ada satu tabiat yg susah nak kikis ni, namanya suka makan kat kedai mamak...sampai semua anak anaku suka kat kedai mamak.

Org cete apa saja tentang keburukan mamak tp aku tak terima dan insyallah dalam masa terdekat ni aku nak gi india nak gi Chennai, Airasia ada pernerbangan ke sana.

Nak makan roti canai dan minum teh tarik bawah pokok...uweeeh nikmatnya jumpa mamak yg bercawat kain putih sedang buat teh pakai kole aluminiun.

Tak pe kita tinggal story mamak ni, tp nak cete pasal kedai makan org melayu pulak.

Kalau malas masak beli kat gerai.Di Damansara ni ada sebuah gerai yg jadi kesukaan ku, di gerainya ada 40 jenis masakan melayu...sebut aje ape masakan asam pedas, gulai lemak, masak air, ikan bakar, kerang rebus, jenis sambal aje ada 6 jenis, gulai kawah, sup...ehhh macam macamlah sampai pening nak pilih.

Gerai abang ni memag laku, setiap hari kalau kita dtg jam 3 tu dah licin licau dah tinggal bekas aje...kalau org dah tau dari jauh dtg dan satu lagi yg paling aku suka layananya nombor wahid.

Pandai layan, anak beranak dia ni, mulutnya manis dan yg jarang jarang peniaga buat macam tauke gerai ni.

Kalau bubuh makanan yg orang nak bungkus tu mesti dia bagi lebih. Kadangkala tu aku rasa malu pulak nak beli kat tauke dia sebab kita minta RM 5 dia beri macam RM 10. Inilah akhlak tuan gerai yg aku suka.

Abang yg niaga ni dia selalu cete gini " aku tak mau simpanlah benda benda makan ni, buat apo aku bawak balik, lagi pun aku makan sepinggan aje..habis banyak pun aku makan 3 pinggan, bagi habislah...lagi pun aku masak untuk jual ni utk ari ni, aku tak mau hangat utk ari esok" itu kata kata abang gerai tu.

Baguslah abang gerai ni...kalau peniaga yg mempunyai sikap macam ni kan bangus bak kata org berhati mulia.

Wednesday, April 6, 2011

TAK TAHU LAHIR BILA


ha..ha..ha.. aku tergelak jugak dgn anak anak Kembojaku, kalau ayahku dulu mungkinlah dia tak tau tarikh lahir sbb masa dulu org beranak kat umah lepas tu nak daftar susah, maka makin lama anak pun membesar dan ayah ibunya lupa dia lahirkan anaknya.

Tp zaman ni mesti lucukan, aku ada 7 org anak macam Solehah dgn Thoriq aku sekali kalau sambut ulangtahunya, kalau awang tu dia ni ego sikit orgnya dia kalau sambut ulangtahun mestilah dgn kawan kawanya, manakala jantunghati ku abot mesti aku sambut sempena dgn ulangtahun perkhawinanku iaitu 11hb April, kalau Sakinah dgn Jannah mereka ni memang bintang scorpio orang kata kala jenking dan aku buat sekali aje...selalunya Inah dia tak mau sambut hari lahir...katanya bidaah.

Manakala kesayanganku bang cik pulak aku cuma beli hadiah aje...kalau kat mesir aku kirim doa ajelah..bolehkan bang cik?

Melalut pulak..ni nak cete pasal anak Kemboja ku, suruh isi borang adalah tarikh lahir "ibu...saya tak ada tarikh lahir" kata Azim " apalah kou tak sambut happy berday ke?" kata si Wan Ahmad, kononya macam dia pun ada tarikh lahir " kou lahir bila" tanya Aziz pd Wan " aku pun tak tau jugak" kata wan, oooh rupanya semua yg datang tak ade tarikh lahir...sianya.

Maka aku pun ambil keputusan "semua anak anak ibu yg tak ade tarikh lahir tu...tulis ni tarikh lahir yg ibu nak beri iaitu 10 hb November" kataku " kenapa 10hb November ibu" tanya mereka " sbbnya ibu lahir pd tarikh ni, jd nak mudah ingat dan mudah sambut hari lahir maka kita semua mesti samakan tarikh lahir...OK setuju ke?" tanyaku " OK ibu setujuuu" ha..ha.. ha..

tahun lepas anak ikin beranak (kucing) awang dia buat satu surat beranak di tulisnya " hitam anak hitam, ibunya Ikin lahir pada 20 /2/ 2010. Sekarang ni bintang pun dah ada surat beranak.

Tak ape anak anak Kemboja ibu akan buat yg terbaik buat anda semua.

AIRMATA ADANAN

"Adanan mau balik Kemboja" tanyaku pd adanan, dia tunduk dan geleng kepala" kenapa? nanti ayah adanan nak dtg ambil adanan sebab adanan tak dpt visa belajar kat sekolah ibu" ku lihat airmatanya jatuh sebiji demi sebiji. "Kalau kat Kemboja adanan duduk dgn nenek jaga atok, suka kan" tanyaku.

A ku lihat air mata tadinya sebiji sebiji jatuh sekarang dah macam sungai."Adanan jangan marah ibu ye, ibu tak mampu nak buat visa belajar banyak sangat, lg pun ayah adanan tak sabar"
kataku

" adanan balik dulu ke Kemboja, kalau adanan dah besar nanti datang sendiri dan kalau umur ibu masih panjang lagi insyallah kita jumpa ye" kataku sambil mengosok kepalanya.

Anak Kemboja yg berusia 11 thn ini sangat tekun dan pintar serta memiliki raut wajah yg sangat jernih dan bersih. Setiap malam, pagi dan tengahari dia akan baca Quran dan dia paling suka azan setiap kali masuk waktu solat.

"Ibu! kena tolong adanan, saya tak mau balik Kemboja, saya nak belajar" kata adanan dengan sebak.

Aku pun naik sebak jugak dan airmataku pun lebih laju dari airmata adanan " adanan ibu tak punya cukup duit" kataku

adanan geleng kepala "ibu saya nak belajar, saya nak mengaji, saya nak belajar hadis, saya nak menulis" kata adanan dlm sedu sedan

" OK ginilah adanan balik dulu ke Kemboja, insyallah kalau dah ditetapkan adanan nak belajar di sini adalah rezeki adanan.

Dia tunduk sambil mengesat airmata dan berlalu, dia tak mampu nak menoleh kearahku. Aku jua begitu tak mampu nak lihat airmuka jernih itu di cucuri airmata pilu.

Monday, April 4, 2011

MERAUNG SEPARUH GILA


Sambung sikit lagi cete pukul separuh mati tu.....ha sekarang ini musa dan atan telah di sumbatkan dalam lokap sebagai org bodoh yg bekerja tak guna akal.

Sekarang keje polisi pulak menalipon waris waris pencuri ini " ni si musa dah tangkap atas kesalahan mencuri, kalau nak keluar boleh tp kena bayar" kata pak polisi ni "

berapa" tanya waris musa "

RM 2000" kata pak polisi

" RM 2000 , apa kesalahan yg kami kena bayar ni " tanya waris atan pulak

" mencuri kelapa sawit di kebun cina" kata pak polisi

"issssy banyaknya, kalau tak bayar apa kesudahanya" tanya waris musa

" kalau tak bayar penjara 3 bln" kata pak polisi

" 3 bulan? lamanya curi RM 280 boleh kena 3 bulan, kalau rasuah berjuta juta macam pegawai kastam tu berapa puluh tahun kena sumbat dlm penjara ye" tanya pula waris Atan pada pak polisi,

" oooo yang itu tak kena penjara, dia duit dah banyak bagi pulak kat pak polisi makan hingga kenyang, mereka tu bijak curi banyak, org tak nampak dan tak kena apa apa, habis berat pun buang kerja dan jatuh hukum seetle pas tu berita pun lenyap, dan sekarang kena tunjuk banyak kesalahan kalau nak memang pilihanraya" eh berkhutabah pulak pak polisi ni

"OKlah kami bayar, tp itu banyak sgt, ari tu masa masuk lokap kami dah bayar RM 8000 sekarang RM 2000...matilah kami kena balun dik along sebab hutang lama belum selesai dah pinjam along lagi nak buat bayar hutang baru" kata waris musa

OK lah waris musa, sekarang saya bagi less sikit RM 200 dan waris bayar RM 1800, kalau tak bayar musa saya hantar ke pulau pinang duduk satu sel dengan lanun lanun dan kaki pukul, kok paham paham ajelah kalau dah duduk satu sel tu...kalau mati kami tak tanggungjawab" kata pak polisi mengertak waris musa.

Dengan berathatinya maka waris waris musa pun pergi mencari duit kemerata tempat dan bila dah terhimpun RM 1800 maka hantar ke Pak Polisi ....dengan manis mukanya pak polisi kata " ari ni awak boleh keluar, kalau awak masuk lagi awak tak keluar lagi, sbb awak ni macam org bodoh masuk lubang 2 kali.

Dengan tangisan dan raungan yang ibaratnya separuh mati " ampunnn saya tak mau buat lagi, saya dah banyak menyusah waris dan nama waris tercemar dan saya adalah manusia yang banyak buat salah dan ulang salah berkali kali"

Sunday, April 3, 2011

PUKUL SEPARUH MATI


hari ini dlm berita seorg warden memukul seorg anak yatim dengan tangan di ikat....di belasahnya sampai mati, kussssemangat jahatnya manusia ni bila hati dah di rasuk syaitan ye, manusia bertukar jadi syaitan.

Marilah kita doakan semoga roh anak yang malang tu di tempatkan didalam golongan org baik dan beriman dan marilah juga kita berdoa agar tukang belasah tu insaf dan sedar apa yg di buat tu salah dan satu menganiayaan yang nyata lagi jelas.

Org katalah orang tua yg umur dah boleh beza buruk baik ni kalau suka aniya budak budak yg belum akil baligh ni tu namanya org tu dlm golongan org otaknya tak berapa nak cukup, dia tak pikir tu budak manalah dia faham sgt tabiaat org dewasa ni...budak tetap budak.

Ni ha aku nak cete bab yg menarik jugaklah...OK gini cetenya iaitu cete pukul juga
Gini cetenya,
Pd satu hari Atan ni mengajaklah musa ke satu tempat, tujuanya" nak cari rezeki" kata atan.

Maka atan pun bawalah musa ni naik vanya ke satu tempat yg dikatakan ada rezeki tu, rupanya tempat itu ialah ada kelapa sawit yg dah dilonggokan oleh pekerja ladang tu.

Maka atan pun beritahulah pada musa " eh musa...ni rezeki kita depan mata..kau perlu duitkan nak beli benda tu, sekarang ni kau angkat kelapa sawit naik dlm van aku dan kita jual kat tempat kita selalu jual kelapa sawit tu" kata atan pada musa.

Dengan kebodohan dan tiada pendirianya maka musa pun mengangkutlah kelapa sawit yg sudah tentu kelapa sawit itu adalah milik tauke ladang itu, maka ketika mereka berdua ni tengah angkiut kelapa sawit kedlm van tu tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka ini telah di intip oleh tauke ladang itu.

Tauke ladang kelapa sawit itu telah berpakat dengan beberapa org pekerjanya untuk membelasah pencuri yg bodoh itu.

Bila kelapa sawit dah masuk dlm van, maka dengan senang hati mereka ini telah membawa kelapa sawit itu ketempat jualan, maka kelapa sawit pun di timbanglah dan dengan kelapa sawit yg banyak itu maka hasilnya pun lumayan iaitu RM 280...dengan rasa girangnya pencuri tu telah berangan angan " oooo aku tak kerje pun tapi aku dpt duit senang aje, angkut kelapa sawit masuk van, timbang dan dpt duit"

Tanpa mereka duga tiba tiba " ooo lu berdua ni ambil gua punya kelapa sawit" kata tauke china tu dengan bengisnya, alangkah terkejutnya dua orang pencuri yang bodoh itu. Maka dengan kekuatan yg mereka berdua ada,maka mereka pun cabut lari.

Tp tauke tu lagi bijak dia sudah buat stertegi iaitu mereka berdua telah di kepung oleh pekerja tauke itu, dengan rasa yg sgt marah maka kedua pencuri yg malang tu di belasah hampir separuh mati, semuanya naik kebadan pencuri itu, termasuklah kepala pencuri itu di pijak pijak oleh tauke china itu dan hantu pun naik kedlm urat darah tauke itu....umur aje panjang si pencuri itu.

Bila tauke itu sudah pukul separuh mati, maka tauke itu mahu pula pencuri diadili walaupun nilai curian itu hanya RM 280 sahaja...maka dengan egonya tauke pun panggil polis dan dtglah polis menangkap pencuri yg malang itu...alangkah malangya nasib pencuri itu dan akhirnya polis pun dengan kepintaranya membelit " ni awak dah buat salah mencuri ,dan sekarang awak akan dijatuhkan hukum kalau tidak bayar sebanyak RM 2000" kata polis tu nak cari habuan utknya pula dari kes pencuri bodoh tadi.

OK aku stopkan cete hanya di sini...sbbnya aku nak buat kesimpulan" bahawa kalau berkawan tu jangan berkawan dengan org membawa bencana pd hidup kita, pilihlah kawan org baik baik, alim dan berilmu supaya kita dpt manafaat darinya"

Friday, April 1, 2011

AHMAD DAN JAZA

Mula mula aku jumpa dengan orang nama Ahmad ni, aku pun tak minat nak bawa dia dtg ke Malaysia..iyelah anak orang Kemboja, waktu tu dia pakai seluar kecik kaki dan rambutnya tidak terurus dan pakai pakai t-shirt yg lusuh.Budak remaja Kemboja katakan.Tapi ayah dia ni selama 3 hari aku buat kurus kat masjid di Kemboja tu 3 harilah dia dok tunggu aku dan cakap macam macam dengan muka yang agak kasihan aku melihatnya, sebab dia terlalu ingin melihat anaknya berjaya didunia dan akhirt dan akhirnya aku akur juga dan untuk menguji boleh atau tidak dia mengikut kehendak dan aku berikan beberapa syarat.
1 Pakai jubah kalau nak jumpa aku
2 Potong rambut biar nampak kemas
3 Potong kuku, gosok gigi dan pakai selipar
4 Mesti tolong apa yang aku buat.

Lepas aje aku cakap ayahnya terus bawa balik dan ubah semuanya dan petangnya aku lihat Ahmad dah berwajah baru beserta dengan Naim, Fauzi dan Wan Ahmad.

Ahmad ni ada kelebihan dia ada sijil sanawi yang layak untuk masuk ke universiti al azhar dan aku bercadang untuk menghantarnya...semoga Allah makbulkan hasratku ini.

Mereka ini adalah anak miskin, tp minat sangat nak belajar...entahlah aku pun tidak tahu lagi nak buat macam mana dengan mereka.

Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana sukanya hati ayahnya bila aku kata aku sanggup bawa anaknya ke Malaysia untuk belajar.

Ni cete si Jaza pulak,
Mula kenal dia aku ingatkan dia budak biasa aje...ialah serba kekurangan, tapi aku tetap juga menyelami juga hatinya.Oh rupanya dia budak yg luarbiasa minat nya untuk belajarnya, dia sangat rajin menghafal dan cakap apa nak suruh dia menghafal...semuanya dia boleh hafal.

Suaranya sangat lantang dan budi bahasanya bolehlah aku ketegorikan anak yg terdidik, kalau aku kedapur bawa pinggang kotor dia pasti datang dan tak beri aku untuk membasuhnya.

Dia memiliki Sijil Tinggi Ugama dan dia bercadang untuk melanjutkan pelajaranya ke Mesir, dan aku bercadang untuk tahun ini untuk menghantar mereka berdua ini ke Mesir. Ibubapa Jaza ini telah menjual semua tanahnya untuk menghantarnya belajar ke Malaysia dengan kos buat pasport dan tambang.

Kehidupanya di sini hanya bergantung kepada belas kasihan dan budibicara kita semua yang berada di Malaysia inilah.

Semoga mereka ini akan balik ke Negaranya sebagai seorang yang berilmu dan menjadi apa yang di cita citakan.