Sunday, January 31, 2010

Belenggu




Foto : Masjid Raya Makassar indah,cantik dan besar.Lambang Makassar adalah pusat Islam yang berpengaruhi satu masa dulu.

Kemana mana saya pergi di bumi jiran kita Indonesia maka saya akan lihat kemiskinan dan kesusahan rakyaatnya.Tapi di bumi Indonesia jugalah saya lihat darjatnya berbagi dan di Indonesia jugalah saya lihat satu kelompok kehidupan orang kaya yang mewah,cantik cantik dan memiliki mobil yg mewah mewah.

Letih bila mahu bercakap tentang negara jiran kita ini.Saya dalam misi penjelajahan untuk mengenali budaya,adat dan sejarah negara jiran ini. Baru baru ini saya ke Makassar, best tau, dengan lautnya cantik dan budaya kehidupan orang orangnya yang baik baik dan berbudi bahasa.Makassar ini di satu ketika adalah tempat bumi orang alim ulama.

Foto : Anak anak gadis yg mengiringi pengantin bugis


Walau apapun bumi Indonesia adalah bumi yg sangat kaya dengan hasil lautnya, hasil buminya, tapi kekayaan di bumi Makassar tidak di nikmati oleh anak bumi, ianya di raih oleh bangsa asing iatu dengan terdirinya kilang kilang yg mengunakan kudrat orang tempatan dengan imbuhan yg sangat sedikit.Rata rata di sana orang lelakinya mencari sumber kehidupan dengan sebuah beca roda tiga, pakaian seragam mereka ialah terendak, seluar tiga suku, mereka mengayuh dari lorong ke lorong, dari celah celah toko atau kedai milik bangsa asing.
Foto : Terlalu ramai yang mencari sara hidup dengan perkerjaan seperti ini.

Manakala yg wanita pula hanya tinggal di rumah atau berjualan sedikit sahaja hasil pendapatan.Ini semua pemandangan yg meyedihkan dan mengharukan. Dalam misi saya satu pemandangan yg sungguh meyedihkan saya, iaitu di depan rumah orang kaya yang indah tersergam dengan balai pengawal serta tembok besi menjaga hartanya, nyawa mereka.

Manakala di depan rumah orang kaya berkumpul para orang miskin dan hinaya menadah tangan sambil memandang kerumah orang kaya in dengan degukan air liur sahaja menahan lapar,haus i.

Katanya kalau ada sisa makanan dari rumah orang kaya ini sudah memadai untuk mereka meyambung hidup. Betapa hinanya orang miskin lebih hina dari seekor kucing belaan orang kaya. Entahlah saya pun tidak tahu bagaimana mau menolongnya.

Foto : Orang miskin yg menunggu rezeki dari rumah orang kaya.Hanya ini cara yg terbaik buat mereka meyambung kehidupan.

Sunday, January 24, 2010

GADIS BESI


MUTIA, issh indahnya nama itu, tapi nama itu sebenarnya adalah nama seorang perempuan Acheh yg pernah memerintah Acheh. Nanti sejarah Mutia yg sebenarnya akan saya ceritakan pada post yg akan datang, tapi kali ini saya mau ceritakan tentang klon Mutia. Gadis ini saya temuinya 5 tahun yg lalu di tika ia berusia 19 tahun waktu itu dia dtg ke rumah anak yatim sri al Ain Acheh sebab nak bekerja sebagai pengasuh kepada anak yatim. Saya gembira kerana dia mahu bekerja dan mahu berkhidmat. Masa mula mula dia bekerja saya hanya mampu beri dia gaji RM 180 sahaja sebulan, tapi dia bekerja 24 jam. Mutia adalah gadis yg sangat rajin dan iklas bekerja, saya tak tau nak beritahu anda semua.

Sewaktu selepas beberapa bulan selepas tsunami kebanyakan anak anak yatim tersebut mengalami berbagai peyakit yg ganjil ganjil, ada yg kurap dan kudis berair seluruh badan, ada yg sakit perut berbulan bulan akibat tertelan air tsunami, ada yg tidak dapat tidur malam menagis nagis, ada yg bercakap seorang sorang ada yg tidak mahu makan dan minum dan ada yg asyik manangis teringat ayahbonda yg di telan tsunami dan berbagai ragamlah keadaan anak yatim tersebut.

Tapi Mutia ini adalah gadis yg sangat tabah dan sabar.Waktu itu kesusahan menjaga anak yatim ini 100 kali lebih susah pada hari ini. Anak anak yatim tersebut menghadapi truma yg kuat, tapi keiklasan hati mutia ini adalah luarbiasa, Pagi dia kepasar beli barang dapur, tengahari ajar anak yatim mengaji, petang membasuh pakaian anak yatim dengan menimba air dari perigi, bila malam dia akan meyapu ubat pada badan yatim yg kena kurap dgn tanganya dan memberi ubat ubat serta merawat anak anak yatim yg sakit dan dia sering bersekang mata.

Selama 5 tahun kami bersama Mutia saya lihat Mutia tidak pernah berubah dari mula saya jumpa dgnya. Hari ini anak anak yatim yg dibawah kawalan sudah boleh menghafal al quran dgn baik,belajar dgn cemerlang dan semuanya berdisplin

Kini walaupun anak anak yatim itu sudah bijak dan pandai tapi Mutia adalah tetap gadis besi yg tabah. Untuk menambah pendapatan bagi menampung pembiayaan rumah anak yatim tersebut dengan kerjasama pusat zakat selangor telah meyumbang sedikit kewangan sebagai modal utk membuka sebuah kedai cenderamata di Banda Acheh dan Mutia telah mengendalikan kedai itu dengan berbagi masa.

Mutia bekerja dengan rumah anak yatim sri al Ain tanpa berbelah bagi, tapi saya tidak mampu untuk membiayai gajinya kerana saya sangat kurang sumber bulanan yg tetap.Dan kami terlalu banyak keperluan lain yg harus di selesaikan seperti makan minum,sewaan bangunan untuk keperluan rumah anak yatim tersebut dan berbagai tanggungjawab lagi yg harus di pikul.

Mutia tabah dan sabar dalam banyak hal. Saya harap dia dapat menerima kekurangan saya ini sebagai imbuhan kelebihan pada keiklasanya. Semoga segala titik usahanya Allah sahaja yg memblasanya, saya tidak berupaya.Selamat berjuang wahai puteri Acheh.

Thursday, January 21, 2010

IMBASAN




Peristiwa yg lalu patut jadi tauladan dan setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Awal tahun 2005 selepas peristiwa tsunami yg meyayat hati 26hb dec 2004 saya adalah adalah tergolong dalam insan yg tidak kuat memandang derita,melihat sengsara dan tertekan dengan peristiwa yg mengorbankan 400,0000 orang dengan lambungan ombak ganas yg datang dari laut china selatan.Kali pertama saya menjejakan kaki kebumi Acheh saya lihat satu pandangan yg sungguh dahsyat. Di lapangan terbangnya hampir ratusan kapal terbang besar,kecil, hekopter dan berbagailah pesawat dengan suasana yg sangat hinggat binggar. Ketika sampai saja kami tidak tau arah mahu menuju kemana.

Tiada tempat dan kebanyakan bangunan semuanya telah ranap dan musnah, manakala orang ramai dalam kedaan murung dan ada merayau rayau mencari sesuatu, mayat pula masih bergelimpangan dan bau mayat menusuk kehidung. Kebanyakan orang ramai iatu mangsa tsunami keadaanya tidak terurus dan saya lihat ramai anak anak kecil menadah kotak untuk minta duit dari orang ramai.

Manakala pihak sukarelawan sibut dan gawat menguruskan mayat mayat,orang cedera dan dalam sungai pula ratusan mayat kembung timbul. Suasan ngeri ini adalah satu retetan sejarah yang tidak akan hilang dari kamus hidup saya dan bayangan kemusnahan itu satu iktibar dan pengajaran bagi orang melihat dengan mata kepalanya sendiri. Begitu juga yang berlaku di Yorjakarta, yang berlaku di Padang dan paling terbaru berlaku Haiti. Banyak musibah yang seumpama ini berlaku seperti di China, Filipina, Vietnam dan banyak lagi.


Kepada anda semua seharusnya dapat memautkan rasa kemanusian yg tulus untuk memberi rasa ingin membantu mereka yg didalam musibah dan kesusahan.Jika anda di tempat mereka bagaimana? mahu meratap dengan kehilangan orang yang tersayang ? mahu melolong dengan kemusnahan harta benda? mahu menjerit mengatakan bahawa musibah itu satu peringatan atau bencana? oooh kita ini hanya manusia biasa walaupun siapa kita di hari ini samada raja yg berkuasa,menteri yg memerintah atau rakyaat jelata kaya atau miskin.

Ujian Allah sentiasa mengejar kita dan nikmat serta rahmat Allah sentiasa bersama kita, saya harap anda semua dapat merasai dahsyatnya bila hidup dilanda musibah . Bantulah mereka!

Untuk sumbangan bagi membantu membiaya sewaan Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Acheh

No Akaun 164025021721

Bank MayBank

Nama Rusnah Abu Samah -Pendiri

Wednesday, January 20, 2010

MEMBASUH HARTA


Kisah ini sepuloh tahun lalu iaitu ketika saya membuka sebuah sekolah agama di Sg Merab. Waktu itu bilangan pelajar lebih kurang 150 orang dan semuanya tinggal di asrama.Jadi untuk menjaga keselamatan murid murid tinggal diasarma saya telah mengajikan seorang jaga atau pak guard. Dia ini diarahkan untuk menjaga di waktu malam saja iaitu dari jam 7 mlm hinggalah 7 pagi.Waktu siang dia boleh tidur atau rehat.Oleh kerana pak guard ini orang yg datang dari negara seberang dan ingin mencurahkan seluruh tenaganya untuk kebajikan anak anak sekolah ini dia telah bekerja siang sebagai tukang kebun dan malam sebagai guard. Saya beritahu dia saya tidak ada duit nak bayar untuk kerjanya, tapi dia kata tak ape dia iklas. Lama juga dia bekerja dan semunay di lakukan dengan baik.

Satu hari saya cakap dengan dia apakah dia boleh bertahan dgn gajinya yg ada sekarang? dia kata tak ape asalkan semuanya berjalan lacar dan baik. Satu hari di ketika hari mahu raya dalam hati saya sudah ada niat nak belikan sepasang baju melayu dan nak beri dut raya. Oleh kerana kesibukan saya untuk melepaskan murid murid balik akhirnya saya terlupa mahu membelinya baju raya dan mahu memberi duit raya.

Jadi hariraya pun tibalah saya balik kampung seminggu dan dia tinggal di sekolah tersebut kerana tiada tempat untuk pergi.Dia menjaga sekolah itu dgn baik. Bila saya semula kesekolah dia sambut saya dengan girang dan saya lupa tentang janji saya. Dia tidak sebutpun.

Seminggu selepas sekolah buka ada satu kejadian yg berlaku di dapur asrama iaitu 3 buah tong gas saya hilang dan kerana di curi. Maka saya pun teringatlah bagaimana setiap kejadian yg berlaku itu ada sesuatu perkara yg kita buat sendiri dan kita telah meletakan harapan orang dan menghampakanya. Oleh itu ingat setiap apa yg kita niat yg baik pastikan kita tunaikan dan kita mestilah rajin memberi kepada orang memerlukan. Dan kehilangan harta benda itu merupakan satu basuhan dari harta kita dan dalam harta kita yg hilang itu adalah HAK orang lain. Ingat ye!

Tuesday, January 19, 2010

Foto : Bantulah mereka kerana mereka ini anak yang sangat susah tiada lagi tempat untuk berteduh. Kesemuanya hilang orang tua akibat korban tsunami.

Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh ingin memohon sumbangan bagi membantu untuk sewaan rumah anak yatim tersebut untuk tahun 2010 - 2011. Sewaan untuk dua tahun ini ialah RM 15000 Sahaja.(Ringgit Malaysia : Lima belas Ribu Sahaja)

Salurkan bantuan anda sebelum 22 hb Januari 2010

Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)

No Akaun :2-00-5561-00001319-0

Bank : Agro Bank

Atau

MayBank Rusnah Abu Samah

No Akaun 164025021721
Saya ucapkan jutaan terima kasih keatas peyumbang. Semoga Allah sahaja yang membalasnya

Sunday, January 17, 2010

INDAHNYA PENGORBANAN

Foto : Ini kakak kesayangan saya dan EMAK Thoriq sangat rajin membantu orang.

Saya di besarkan dalam keluarga yang besar, jumlah adik beradik saya termasuk sebelah ayah ada enam belas orang iaitu anak ayah yg berlainan ibu dan sebelah emak saya pula ada sembilan adik beradik.Saya menikmati kehidupan penuh dengan harmoni dan saksama. Walaupun begitu ada sejarah yg sangat menarik dalam perjalanan hidup saya yang tidak akan lupa selagi hayat dikandung badan.

Saya ada seorang kakak yg sekarang ini berusia 54 tahun dan dia berlaian bapa dengan saya. Kakak saya ini adalah dari keturunan orang berada atau boleh di istilah anak orang kaya. Tapi kakak saya ini di bela oleh arwah mak saya semenjak emak saya berpisah dengan ayahnya iaitu pada usianya empat bulan. Ketika usia kakak saya ini berusia 4 tahun arwah emak saya telah bertemu jodoh dengan ayah saya.

Arwah ayah seorang perantau, kami mempunyai tujuh orang adik beradik dan saya adalah anak sulong. Semenjak dari kecil saya berkawan dengan kakak saya ini dan dia adalah idola saya dan dia adalah insan yg banyak memberi jasa dan pengajaran dalam hidup saya. Kakak saya ni seumurnya tidak pernah bekerja,kekayaan arwah ayahnya mampu membuatkannya hidup senang, tapi dia adalah orang baik,pemurah dan berhati mulia.


Foto : Inilah wajah remaja yang menjadi buahati pengarang jatung emaknya, sekarang ini menjadi jurulatih silat, sakit asma dah hilang hasil rawatan dan jagaan seorang wanita.

Semenjak saya mengenali siapa kakak saya ini dia adalah pengasuh,tukang masak dan tukang didik kami adik beradik. Masakan air tangan adalah menjadi sebagaian dari darah daging kami. Dari kecil kami makan dia yg masak dan hinggalah kehari ini kalau saya balik kampung dan dia akan masak seperti mana saya kecil dulu dan setiap kali saya balik dia akan pastikan bahawa kami semua makan nasi di rumahnya dengan masakan yang sangat enak dan sungguh meyelarakan.

Oleh kerana kebaikan yg luarbiasa itu saya selalu memikir untuk membalas budinya ibarat "segunung intan" itu, bagaimana ye mau membalas budi yang indah itu, saya bukanlah anak orang kaya macamnya? tak taulah saya.

Ye lah Allah itu maha kaya dan maha adil. Setelah saya berkawin saya telah berpisah dgn kakak saya dan mula belajar hidup tanpanya, isssh susah juga kalau kita serba tak tak pandai, tapi saya selalu ingat pesanya, " nak pandai masak kena rajin kedapor" wah saya pegang sungguh bidalan kakak saya ni, saya ni rajin rajin malas. Selepas setahun saya berumah tangga saya dapat seorang putri yg cantik, dan tahun berikutnya saya mengandung lagi, saya jadi panik.

Anak pertamapun saya minta arwah emak dan ayah yang jaga bagaimana pula nak jaga anak kedua? maka saya pun pasanglah niat, masa anak kedua dalam kandungan lagi saya dah pasang niat awal awal,kalau anak saya ni lelaki saya nak berikan anak saya ini pada kakak saya ni.Masa tu saya tak taupun bahawa anak saya lelaki atau perempuan. saya tak beritahu pun niat tersebut pada kakak saya.

Sepanjang saya mengandung anak kedua itu kakak saya ni selalulah ulang alik duduk dgn kami sekeluarga hinggalah pada saat saya untuk melahirkan.Saya lahir anak yg keduapun dirumah juga

Apabila lahir, saya di beritahu bahawa anak saya itu lelalaki, hati saya berdebar kerana anak lahir ini lelaki. Saya pendamkan niat saya itu dan apabila usia bayi itu dua bulan bayi itu didapati kurang sihat ada sakit asma(lelah) saya jadi kelam kabut dan pada waktu itu kakak saya ada menjaga saya dan dia mula mengambil alih mengasuh bayi itu kerana saya tidak tahu nak jaga bayi yg kecil dan sakit pula.

Kakak saya sering berulang alik kehospital, kelinik mengubat bayi tersebut dan bila bayi itu berusia sembilan bulan saya lihat bayi itu sakit agak teruk jugalah dan saya pasrah saja, kakak saya telah mula ambil alih sepenuhnya dan dia menjaga bayi itu lebih dari saya dan bayi itu mula tidur dgnya dan bayi tersebut sudah tidak mahu berenggang dgnnya.

Saya tahu bahawa Allah maha mengetahui akhirnya bayi itu telah beralih tangan dan bayi yg dijagnya memang seorang kanak kanak yang berpenyakit, kakak saya banyak berkorban masa,tenaga dan wang ringgit demi bayi yg amat disayanginya. Dia sangat sabar merawat bayi tersebut dan bersekang mata bertahun tahun. Pernah sekali saya lihat kakak saya meyapu muntah bayi tersebut dgn tanganya yg meleleh diatas bahunya semasa medukung bayi itu dan kakak saya berkorban masa tidurnya selama bertahun tahun demi membesar seorang anak yg ada peyakit. Akhirnya anak yg dijaga dengan niat iklas itu baik dan sihat serta membesar dibawah jagaa seorang wanita itu "ibu tunggal yg berhati luhur".Anak itu di sekolah dengan penuh kemanjaan,kasih sayang ibarat menatang minyak penuh dan memberi belanja tanpa hadnya. Dia didik dgn akhlak yg mulia. Kini anak itu telah remaja dan sangat manja dgn EMAKnya manakala saya di panggilnya Makde saja. "Mak de dan Emak adalah wanita yang berlainan tapi tetap mencurahkan kasih sayang yang sama buat anda"

Thursday, January 14, 2010

CARI BANTUAN


Foto : Acheh Darul Salam

Pada 22 - 24 hb Januari ini kami akan ke Acheh Darulsalam. Misi Kemanusiaan untuk bantuan anak anak yatim di bawah kelolalan kami. Tahun ini dah masuk lima tahun rumah anak yatim. Kadang kala tu berhempas pulas juga saya untuk mengekalkan Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh ini.

Foto : Misi Kemanusiaan tiada kesudahan

Saya bukan seorang jutawan yg mampu meyalurkan kewangan dan saya bukan juga orang kenamaan yang boleh mengarahkan org kaya untuk membantu. Saya hanya insan yg miskin,daif dan sangat serba kekurangan.Diri saya sendiri tidak ada apa apa yang ada hanya hati,perasan dan sifat kemanusiaa

Foto : Anak Yatim Piatu dan Miskin daif seramai 20 orang.

Tahun ini adalah untuk saya mencari dana untuk meyelesaikan sewaan rumah anak yatim di Acheh iaitu sebanyak RM 15000 (Ringgit Malaysia: Lima Belas Ribu sahaja) untuk sewaan tahun 2010- 2011.Setakat sekarang ini saya belum ada duit lagi cuma dalam akaun persatuaan ada RM 125 sahaja. Ini bermakna saya perlu kerja keras dalam masa lapan hari untuk membayar sewaan tersebut. Kalau saya tidak dapat membawa duit sewaan itu kemungkinan besar saya akan membawa anak anak yatim seramai 20 orang itu ketempat lain, maksud saya mungkin kami akan dihalau. Saya harap jika anda di luar sana ingin menghulurkan derma buat membantu anak anak yatim ini hulurkan sumbangan anda untuk merengan beban .
Foto : Modul utama pendidikan agama

Wednesday, January 13, 2010

WADAH

Foto : Sekarang Solehah di amanahkan untuk menjaga awang di Jakarta. Solehah adalah anak yg baik dan bertanggungjawab.

Tersenyum saya bila baca blog nakal anaknda saya yg bernama Ummu Solehah. Selalu dia tanya bagaimana perasan saya bila dia lahir? oooh peristiwa yg sangat indah 24 thn yg silam memang sukar untuk dilupakan. Waktu itu usia saya baru masuk 21 tahun, masih terlalu mudalah kalau org sekarang ni, tapi rezeki kami datang awal maka kami sangat gembira. Saya pun seperti ibu muda yg lain juga terlalu gembira menanti orang baru dlm sebuah rumahtangga.

Masih saya ingat lagi waktu saya mengandungkan Solehah tujuh bulan waktu itu adalah dalam musim bulan ramadan dan saya gagal menghabis puasa, saya puasa selama 5 hari sahaja dan hutang puasa itu masih saya belum selesaikan lagi dan saya harap solehah mampu membayar hutang puasa mak itu ye. Ada satu perangai pelek saya waktu saya mengandungkan Solehah saya suka sangat pakai bedak buku yg tutupnya ada gambar amoi, tak taulah kenapa saya pun tak tau.

Bila saat untuk melahirkan saya tidak pernah fikir pasal sakit bersalin seperti orang lain, kerana saya tidak mahu bersalin di hospital sebabnya saya dengar cerita orang macam macam kalau bersalin di hospital.

Waktu air ketuban pecah tu jam 12 malam, saya diamkan aje dan waktu itu saya sudah ada kampung. Saya selimut sambil menahan perasan takut untuk melahirkan anak. Saya diam saja takut arwah emak saya tahu, bila jam 3 pagi saya mula rasa sakit dan saya beritahu yg saya nak buang air, bila saya bangun arwah mak tengok habis kain selimut saya basah dan dia tanya kenapa tak beritahu, saya diam sahaja. Dan tepat jam 5.4O pagi lima minat lagi sebelum azan subuh bersamaan Isnin pagi saya selamat melahirkan seorang baby yg comel.Tarikh lahir sekarang ini adalah tarikh yg dilambatkan beberapa hari,sorry tatak ye!

Saya bersalin tidak mengalami sakit yg panjang mungkinlah kerana saya motivasikan diri sendiri mengatakan bahawa saya mampu bersalin di rumah. Bidan yang meyambut bayi comel itu namanya Fatimah, orgnya besar dan garang, Kini bidan itu dah tiada lagi dan bila bayi comel itu lahir kedunia saya ada satu masalah iaitu tidak pandai untuk meyusu baby dengan susu badan dan Solehah adalah anak yang terlalu sikit menyusu badan kerana saya mengalami sakit susu beku dan saya telah melakukan satu pembedahan untuk mengeluarkan susu yang bertakung.

Solehah waktu usianya masih bayi dia dijaga oleh toki dan toknya kerana saya tak berapa pandai nak jaga budak kecik. Waktu kecil solehah adalah budak yang tidak mahu tidur lama.aktif dan suka menangis, saya selalu biarkan dia menangis sampai berjam jam dan dia akan berhenti sendiri. orang tua tua kata budak suka menangis ni budak bijak. Entahlah...tapi tatak boleh jawab. Selamat Ulangtahun Ye sayang, I love You.

Tuesday, January 12, 2010

ANAK ANAK

Foto : Ini anak manjaku Ummu Solehah dan anaku Khairul Nizam

Kalau mahu cerita pasal anak ni,tak akan habis,perangai anak,wajah anak,kelakuan anak,kegemaran anak dan yang paling parah sekali kalau mahu cerita iaitu pendidikan agama dan pendidikan akademik anak anak. Saya sendiri ada 13 orang anak sendiri, belajar dari berbagai jenis sekolah,kolej dan universiti dan dah ada yg berumahtangga dan bekerja.

Tapi saya juga mempunyai ramai anak angkat yang saya sendiripun tidak tahu bagaimana anak anak ini minat untuk beribukan orang yg macam saya ni, ada yg panggil saya Mak,ada yg panggil Ummi, ada panggil Bonda,ada panggil Ibu dan saya rasa sungguh berbesar hati dengan semua anak anak saya ini.

Anak anak angkat saya ini pula dari berbagai negara seperti di Acheh,Jakarta,Kemboja,Vietnam dan yang paling ramai sekali di Malaysia. Saya sangat sayang pada mereka semua ini. Bagi saya anak kandung yang 13 orang dengan berpuluh puluh anak angkat ini adalah sama saja,cuma anak kandung ini dari darah daging saya sendiri dan anak angkat ini dia bersatu hati,perasan dengan saya dan saya pun menumpang sayang dan kasih dengan mereka dan sebaliknya begitulah juga.

Bila bilangan anak angkat ini sudah ramai maka saya jadi kalut bila ada yang rasa mereka ini terpinggir dan saya kurang memberi kasih sayang pada mereka. Jadi saya harap anak anak saya ini dapat memahami bahawa saya yang bernama Rusnah Abu Samah iaitu Ibu anda semuanya adalah insan yang sangat lemah dan serba kekurangan.Kalau ada kesempatan itu datang kerumah dan buatlah temu janji insyallah kita jumpa dan kita boleh bual panjang panjang dan saya sedang rancang untuk ada hari keluarga buat kita semua insyallah pada bulan Jun 2010. Doakan semuanya dapat berjumpa.

Friday, January 8, 2010

SIAPAKAH AKU INI



Siapakah aku ini?
Bicara seorang insan suci
Dalam kamar diri
Wahai diri
Siapakah aku ini?

Berdiri seorang aku
Di tepi pantai
Dan tibarkan matamu
Keseluruh alam lautan
Yang tidak bertepi
hayati deru angin dan
debur ombak
membantingkan tubuhnya
kebibir pantai
kepasir yang landai
gebu dan lunak
lalu seorang akupun
mengetuk daun pintu
kamar hatinya
siapakah aku?

Seorang aku pun muhasabah diri
di cermin alam
seorang aku sebagai
insan yang dhaif
seorang aku tidak berdaya
menyorokan wajah
dan diri
Siapkah aku?
seorang aku

Adakah seorang aku
mengingati Allah sambil berdiri?
adakah aku mengingati Allah sambil duduk?
adakah aku mengingati Allah sambil berbaring?
kalau tidak siapalah aku
seorang aku

Seorang aku
kakinya tegak di bumi
tapi hati seorang aku
tegak dimana?
seorang aku memiliki badan
tetapi seorang aku
tidak memiliki hati

Demikian bila selesainya
tugas malam
fajar subuh pun menyinsing
selesai subuh
membungkus dinginya
mentari pun bangkit
dari ranjangnya

Seorang aku
kenal lah dirinya
seorang pemimpin
kenal diri kenal Allah

Dan inilah bicara
seorang insan sepi
didalam kamar diri
siapakah aku ini
aku seorang pemimpin.


Puisi ini di tulis oleh SIFU saya yang bernama Pak Nora yang dihadiah pada saya beberapa tahun yang lalu sempena dengan Program DEKLAMASI PUISI SELANGOR. Sekarang ini beliau sudah terlalu uzur dan tua. Beliau adalah insan seni yang kian dilupakan dan insan yang berjiwa tulus.Saya doakan semoga SIFU saya ini didalam rahmat Allah.

Thursday, January 7, 2010

BERSILAT DENGAN CINTA



Ummu Solehah Binti Hj Muhammad. Oh nama yang sangat indah dari seorang bapa buat seorang anak gadisnya. Ummu itu maksudnya IBU dan Solehah itu maksudnya wanita yang Soleh iaitu wanita yang baik,yang terpuji,berimam dan berpendidikan dan wanita yang akan mendiami taman syurga Allah di akhirat nanti. Tapi baru baru ini saya dapat tahu darinya namanya CINTA. Tukar nama ke budak ni? CINTA tak sedaplah nama tu dan CINTA bukan nama orang, tapi nama sebuah PENGORBANAN.

Saya mahu beritahu Solehah jangan terpengaruh dengan istilah yang berat itu. Maknanya kalau Solehah dah meletakan nama keduanya CINTA maka dia mesti fahami maknanya.

CINTA itu perlu pada pengiktirafan,

CINTA perlu pengorbanan,

CINTA perlu keiklasan dan CINTA perlu pada kesetiaan.

Saya ini sebenarnya buta dengan istilah CINTA sebab itu saya kagum kalau ada orang nama CINTA atau orang khayal dengan CINTA dan orang anggau kerana CINTA. Saya pun tidak arif sangat dengan lafaz CINTA ini sebab saya orang misi kemanusiaan selalu memikirkan nasib orang susah,orang yang miskin tak dapat belajar dan orang di timpa bencana.
Maka makna CINTA itu seperti tidak ada dalam kamus hidup saya. Dan saya tidak pernah terdengar di cuping telinga saya orang bisik atau SMS kata I Love You, atau I miss You.Walau apapun saya mahu jadi diri saya yang sebenar.

Setahu sayalah orang kalau dia dilamun CINTA pada seseorang dia ada beberapa perkara yang bermain dalam mindanya

1 Dia ingin melihat pasanganya ceria
2 Akan penuhi segala permintaan pasangan walaupun dia terpaksa terkorban
3 Ungkapan mendayu dan romantis selalu di bibirnya dan SMS jika berjauhan
4 Selalu teringatkan orang di CINTAI nya
5 Tidak mahu pasanganya susah,kalau boleh seperti permaisuri
6 Pasanganya akan menatang orang yang dicintainya seperti MINYAK YANG PENUH.

Selalunya orang menyintai orang ini tidaklah semestinya orang sentiasa di sampingnya, tapi orang yang di CINTAI nya letak dihatinya bukan di matanya. Seperti Nabi Muhammad dia sangat mengasihi isterinya Syaidina Khadijah dan bila isterinya telah tiada pun dia masih lagi mengingati isterinya.

Orang yang bercinta ini kalaulah di saat dia ingin bertemu dengan sang kekasihnya maka dia akan mempersiapkan jiwaraga,mental,fizikalnya bagi memadukan lafaz CINTA itu berkesan.
Saya tidak pasti apakah yang saya tulis ini benar atau sebaliknya, kerana saya ini mahu mengomen nama CINTA yang menjadi kembar siam pada nama UMMU SOLEHAH.

WADAH CINTA SOLEHAH

Wednesday, January 6, 2010

MENGADAI AMANAH

Foto : Hero dalam hidup ini adalah orang pandai menguasai orang lain. Dan orang tertipu adalah orang termakan dengan cerita "syurga yg dibina oleh pemimpinya".

Tergiang giang di teliga saya tentang sebuah kisah yang mungkin akan berlaku keatas anda dan juga boleh berlaku pada saya atau apakah perkara ini lumrah sebuah kehidupan .

Kisahnya adalah seorang anak yang telah dihantar oleh kedua orang tuanya utk belajar di sebuah Universti, tahun pertama dia belajar cemerlang dan boleh dikata anak yang bijak jugalah kerana dia dapat meyaingan ramai teman temanya yg lebih dewasa darinya, bila masuk tahun kedua anak ini mula terlibat dengan sebuah pertubuhan yang memerlukan TITISAN WANG,AIRMATA & MASA dan yang paling besar pengorbanan yang perlu di lakukan oleh pengikutnya IKUT TELUNJUK KETUANYA.

Ialah anak ini terlalu mentah untuk menilai baik buruknya sebuah pertubuhan itu. Anak ini di gula gulakan dengan syurga yang indah dan pengorbanan yang menanda taat setia pada pimpinan. Anak ini juga dicadangkan supaya mendirikan rumahtangga dengan ahli jemaah dlm pertubuhan itu supaya dapat menghalalkan pergaulan.

ya Allah anak ini anak memburu syurga yang di khabarkan itu dgn nekad dan azam yang jitu. Akhirnya anak ini tersungkur terjelepok di bawah bayangan perjuangan yang di MAYAkan dan anak ini telah membohongi kehidupanya, menfitnah dirinya sendiri dan yang paling tersiksa adalah keluarga anak itu. Harapan seorang bapa dan seorang Ibu berkecai,berderai,dan bersepai ingin melihat anaknya memegang segulung ijazah.

Yang tinggal hanyalah omongan anak anak ini mengula gula kan ayah dan Ibunya agar membenarkan dia meneruskan perjuangan jemaahnya itu. Kini orang yang sangat kecewa dan menderita dan tersiksa adalah ayah dan Ibu anak itu.

Tuesday, January 5, 2010

HINANYA JASAD MANUSIA INI

Foto : Kehinaan jasab manusia.

Saya bukan mahu mededahkan keaiban orang, tapi saya sudah terlalu bosan dengan sikap anak anak remaja perempuan dan lelaki yang tidak pernah tahu masa untuk menunaikan SOLAT SUBUH, kalau bekerja,berhibur,berjihad dan suruh orang ubah perangai dialah orangnya,tulis macam macam kat FB,kat blog,kat majjalah,kat surat khabar. Tapi dirinya adalah INSAN YANG SANGAT GAGAL.

Hati sekeras batu dan sekeras besi untuk menunai solat subuh. Cubalah anda bayangkan dia sudah lewat bangun subuh iaitu subuh masuk jam 5.50 pagi, dia bangun jam 7.30 pagi dan ingat dia nak solat subuh. Anda nak tahu dia buat apa? dia beralih tempat tidur yg lebih selesa dan tidur, Ya Allah hina dan menjijiknya jasad manusia ini, memalukan dan tidak mampu menguasai hati yang berupakan seketul daging yg kecil sahaja. Iblis syaitan mendendang irama indah agaknya dan ada lagi ceritanya. Tidur diatas tilam yg empuk, berselimut dan pasang aircond,berkipas dan berselimut tebal tak tau nak bangun untuk solat subuh. Kalaulah orang yang sehina ini bercakap tentang perjuangan dan jihad maknya ISLAM itu akan runtuh dan bekecai.Kerana apa? dia punya diri pun tak mampu nak uruskan, orang kampung kata hidup tak bertime - maknaya tak tau nak bangun subuh jam berapa, nak makan jam berapa dan nak buat kerja jam berapa. Inilah manusia yg akan menuju keMURKAAN ALLAH dan ini MANUSIA GAGAL, saya pernah bertemu NUR AMIRAH iaitu pelajar yg mendapat 18A SPM tahun 2006, saya sangat kagum denganya kejayaanya adalah kerana dia kuat melawan nafsu.Dalam bileknya macam hotel 5 bintang, tapi dia mampu solat tahjud jam 3 pagi sebelum mengulangkaji pelaran dan mampu baca Quran sebelum kesekolah. Inilah org yg kita harap untuk jadi idola, buka orang bercakap berkepuk kepuk, tulis berjela jela, tapi diri habuk pun tarak. Ubah ye

KEPERLUAAN

Semasa saya masih kecil dulu teringat peristiwa bila saat untuk emak dan ayah saya untuk meyekolah kami seramai tujuh beradik, hanya Allah sajalah yg tahu,kadangkala emak dan ayah saya jual ayam,noreh getah, jual padi dan pernah semasa adik saya dapat sekolah asrama penuh ayah jual tanah. Bila di kenang ini semua saya bandingkan anak anak saya pada hari ini, ye boleh dikata mewah jugalah. Ada kasut 2 psg, baju 2 psg,beg baru, alat tulis baru iyelah boleh dikatakan mewah lah tu.

Zaman dulu kebanyakan orang susah tapi mereka ada rumah atau pondok sendiri dan tanah sendiri, boleh buat jadi harta dan boleh jual kalau susah,sesak atau kalau terdesak ini termasuklah emak ayah saya. Namun begitu saya bersyukur kerana saya juga mampu membahagiakan anak anak.Bagi diri saya pula entahlah.....susah hendak dikatakan. Kadangkala nasib orang ini tidak sama, ada yang beruntung dan ada kurang bernasib baik. Itu semua bergantung pada rezeki yang Allah beri dan setakat sekarang ini saya hanya mampu meyekolah anak dengan sebaiknya sahaja.